Wednesday, February 13, 2013

Corat-Coret Chinese New Year

Tahun ni perayaan Chinese New Year jatuh pada hari Ahad dan Isnin. Dengan itu, hari Selasa pun ikut serta cuti...so bayangkan syoknya cuti Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa... tapi cuti duduk rumah jelah...tak pergi mana pun.. habis jalan pun pergi Tesco je...hahahaha sadiskan... kat rumah pun bukannya relax sangat pun...asyik kemas, masak, kemas, masak... gitulah tugas kita kan... Alhamdulillah untuk keluarga yang tercinta...heeeeheee
Alhamdulillah, orang lain dapat limau mandarin berbiji2, kita dapat ni haaa limau bali sebiji...client bagi sorang satu kat ofis sebelum cuti haritu... manis dan juicy buahnya... moga perniagaan beliau bertambah majulah ye...

Jom tengok apalah yang digodek time cuti panjang ni...

Mi Bayam
Nampak resipi macam senang je nak buatnya...kononlah nak buat sendiri lagi best katanya...kebetulan adalah pulak sayur bayam dalam fridge tu, macam dah nak layu...so projeklah... bahan-bahan dan cara-cara memang senang..tapi... you must have a pasta maker tau.... unless kalau you memang betul penyabarlah... saya penyabar sekejap je..last2 penat jugaklah nak memotong manually...tak larat...buat sekerat je..asal cukuplah nak makan 5 beranak... hihihi
Mi Bayam (From Mama Ghock, Resipidotnet)
500 gm tepung
200 ml kisaran daun bayam (kisar daun bayam dan air)
1 sudu kecil garam
Campur semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Bahagikan ke beberapa bahagian.
Gelek doh hingga menjadi kepingan nipis (no. 5).
Lalukan kepingan di bahagian pemotong mi.
Didihkan air hingga menggelegak dah masukkan mi siap potong ke dalamnya. Rebus hingga mi timbul, angkat dan toskan.
Masukkan dalam bekas dan gaulkan dengan minyak. Sejukkan dan boleh digunakan terus atau disimpan sehingga beberapa hari di peti sejuk.
 
masak la ikut suka hati...
 
 
Roti Jala dengan Kuah Durian
Buat bubur durian lagi untuk makan-makan di rumah mak, saje2 suka2...sebenarnya permintaan anak yang bongsu, teringin nak bubur durian katanya...durian ni memang dah simpan dlm freezer lama dah..lebih2 buat durian crepe, durian yang tak berapa best untuk dibuat jual dan dibuat crepe, so simpan dalam freezer, harini saya buat bubur durian...masih elok lagi duriannya...dan masih sedap bila dah dicampur dengan santan dan gula melaka dan sedikit gula pasir...hmmmm tak terkata dengan bau dan rasanya....
 
Roti jala pun buat dwiwarna..suka nak buat warna kuning dan hijau, biar meriah sikit...saje seronok... Bahan roti jala pun biasa je...tepung, telur, air, susu, garam, minyak sikit...blend semua sekali, tapis, sedia untuk digunakan...letak pewarna skit...
 
Jemput-jemput Nasi
Hehehehe jemput-jemput je...? kelakarlah... lebihan nasi ada sikit je dalam segenggam setengah je..nak buat nasi goreng mana cukup 5 beranak... sebenarnya nak buat apam nasi, tapi malas pulak nak keluarkan kukusan...ada je benda yang malas nak buat..heeeheee... so tindakan yang paling cepat adalah buat jemput-jemput je lah untuk mengelakkan nasi tu dibazirkan.... blend nasi bersama air, then gaulkan dengan tepung gandum, bawang, ikan bilis, hirisan kentang (dan apa2 ikut suka nak letak apa), and garam sikit... gaul ikut kepekatan yang dikehendaki, then gorenglah..makan ngan cili sos je...
 
Dadih Mangga
Hehehe yang ni malu sikitlah nak tunjuk sebenarnya... sebab dadih ni guna yang instant je... senang kerja sikit...cuma saya campurkan hirisan dadu buah peach..bagi meriah sikit... nyummm nyaman masuk tekak sejuk-sejuk...

Pizza
Ini pula pizza....mula-mula rajin...ingat nak buat base pizza sendiri..rajinlah konon..ntah kenapalah tetiba m_l_s pulak... so pegi Giant, cari roti Naan... hahaha guna roti Naan aje as pizza base... sedap apa...express gitu... sos pun express gak..guna sos spagethi brand kimball...letak isi ayam, sausage, nenas, bawang, traffic light capsicum, cendawan butang, tomato, apa lagi ye...hmmm itu aje kot..then tabur cheddar cheese dan mozarella cheese...then bakar...nyummmm
 
Banyak lagi sebenarnya...macam-macam dalam kepala ni nak buat time cuti panjang ni..tapi kadang-kadang tu macam syok je tengok sofa yang empuk kat depan tv tu membuatkan terus terlekat kat sofa tak nak bangun-bangun... hahahaha... nasib baiklah time breakfast, lunch, dinner terus gagah ke dapur...
 

No comments:

Post a Comment