Tuesday, November 22, 2011
Happy Birthday Mama and Julie
Happy birthday to the two lovely ladies in the house...Wow...look at that....yummm..yummm...We had BBQ that night...we had chicken, lamb, hot dog, potato.... haha it's western.... love it...
Happy Birthday Sarah
Her aunt ordered three cakes...a chocolate moist doll cake for the lucky girl, and carrot cake and choc cheese brownies for the guests... thank you so much for being so supportive...happy eating y'all...
To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.
Monday, November 14, 2011
Kisah Hari Jumaat (11/11/11)
Orang lain ada peristiwa, kita pun nak peristiwa jugak...tapi peristiwa biasa je..saje je nak omong2 kosong di sini... Al-kisahnya kat ofis hari Jumaat tu ada makan2..a potluck makan2...sajelah nk buat makan2, kitorg kat ofis tu kalau sebulan tak buat makan2, tak sah...asyik nak makannnn je...haha.. saya semangat ni... dalam kepala nak wat talam lapis kacang hijau (gila talam lagi nih) dan roti lapis daging...sounds delicious tak...? hihi...semangat sungguh malam tu memasak...buat talam dan roti lapis daging...tak sabar nak bwk ofis... tapikan, kesian, tak jadi bwk ke ofis kerana ada sesuatu incident pagi tu yang tak dpt nak dielakkan, terpaksa ambik emergency leave...so mintak maaf kt kwn2, makanan tu anak2 dan suami yg habiskanlah...nasib baik dan alhamdulillah, anak2 dan suami suka dan dpt menghabiskan juadah tanpa membazir... untuk kawan2, bulan depan buat makan2 lagikan.....so tungguuuuu... hahaha
So marilah kita layan juadah 11/11/11
Inilah roti lapis daging tu, ambik kat satu blog, terlalulah pelupa nak copy blog apa, yang ingat nama dia kak wan...kalaulah kak wan si empunya resipi ni terjumpa blog saya ni dan terperasan resipi dia ni, terima kasih kak wan dan minta maaf tersangatlah lupa blog akak...huhuhu
Resipi drp : Kak Wan
Bahan2
Roti sandwich 12-14 keping
Bahan Inti Daging
500gm daging cincang
1biji bawang besar (potong dadu)
2ulas bwg putih dicincang
2sudu besar rempah kari (digaul dgn sedikit air)
garam secukup rasa
Bahan Kisar
2ulas bwg putih
2ulas bwg merah
1 hiris halia
Bahan bancuhan telur
80gm mentega
5 biji telur
sedikit lada sulah
400ml susu cair (1 tin)
Bahan hiasan/tabur
2 biji cili merah dihiris
1 tangkai daun bwg dan daun sup
Bawang goreng secukupnya
Cheddar cheese (optional)
Cara-cara:
1. Inti Daging : Tumis bawang besar dan bwg putih hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, gaul hingga rata, biarkan seketika hingga naik baunya.
2. Masukkan daging kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk. Perasakan dgn garam secukupnya, angkat dan ketepikan.
3. Bancuhan telur : Pecahkan telur di dlm mangkuk, masukkan mentega cair, susu dan lada sulah, kocok hingga rata.
4. Sediakan loyang atau bekas tahan panas, lenser margerine. Celup roti ke dlm bancuhan telur, kemudian susun hingga memenuhi loyang sambil ditekan supaya padat. Kemudian tabur inti daging ke atas roti.
5. Buat berselang-seli roti dan daging sehingga habis.
6. Akhr sekali curahkan lebihan bancuhan telur dan tabur dgn lebihan inti daging, hirisan daun bwg, daun sup dan cili. Optional, blh tabur cheddar cheese juga di atasnya.
7. Bakar 30-45 min sehingga masak.
Ini pula talam lapis kacang hijau...rasanya seperti kole kacang juga...cuma xde taik minyak...sedap...
resipi ohhh resipi..di mana ye...? nanti saya update...jgn mare...
Ini makanan tengahari..sup kambing...gila sedap...hehe masak sendiri puji sendiri sedap...sebab mmg sedaplah...anything to do with kambing..yesss sedap...hehe
Wednesday, November 9, 2011
Kisah Marinated (Chicken)
Yang ni resipi marinated sticky caramel chicken...mmg sticky coz madu dia banyak... mmg tak pernah try ni...and mmg sedap, lari drp kebiasaan...
from http://rabiatunsweettouch.blogspot.com
12 kpg kepak ayam
2sb minyak masak
3 ulas bwg putih - ketuk dgn kulitnya
1sb halia cincang
1sb sos ikan
1sb kicap
1sb sos cili
1/4 cwn madu (7-8sb)
*optional, serbuk lada hitam
- panaskan minyak, masukkan bwg putih, halia dan ayam - kacau dan goreng dlm 5-10min
- masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali
- kacau sekali-sekala sehingga semua ayam masak dan browned (bersalut sos)
- bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jgn risau bila tgk sos mcm hangit towards the end .. Bila sos dah agak kering & bersalut pd ayam ia akan jd sticky dan caramelized mcm bbq chicken...
Yang ni pulak resipi marinated chicken campaks....hahaha my friendlah bg nama coz mmg dia campak2 je bhn2 dia...xde sukatan dan apa yg dia ada kt dapur je...and it turned out very yummy...tu sbblah dia ngan i ni..mmg ngamlah rasa dia...hehe
Bahan2:
1/2 baby chicken - cuci dulu aaa
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 " halia
sedikit garam
2 biji tomato
1 sb rempah coriander biji
1 sk serbik jintan putih (cumin)
1sk lada hitam
3 biji cili padi or cili hijau (optional) btw, klu nak pedas tambah gik bilangan cili
sedikit serbuk kunyit
3 sb yoghurt (optional)
Cara:
-Blend seme kecuali serbuk kunyit.
-lumurkan bahan2 blend kat ayam + serbuk kuniyt
-marinate 1 malam
- Bakar 1/2 jam Gas Mark 4 lebih kurang 1/2 jam
owh.. cop cop....lupa, klu tanak bakar dalam oven, grillpun boley, goreng dengan minyak sikit (not dep fry) pun boley.
Ha yang ni semua stail bbq lah... ni mmg gerenti xde sukatan..main ikut sedap je..dan mmg sedap... makin lama perap, makin sedappppp
ini kambing....mintak maaflah, yang ni mmg takde sukatan...kena ikut sedap hati je...tp don't worry, gerenti jadinye....
bahan2 perapan :
bawang merah
bawang putih
halia
kicap cair
kicap masin
kicap manis
sos tiram
lada hitam
minyak
oregano
basil
lemon
Tuesday, November 8, 2011
Talam Cendol
Akhirnya...akhirnya tau..teringin sangatlah nak makan talam cendol ni...pegi pasar malam, kalau tak bulan puasa, mmg tak jumpa org jual kuih-muih talam ni...so nekad ni..kukusan baru pun dah beli cantik punya...apalagi...projeklah...kuih talam cendol...
Surprise...surprise...tgklah gambar di bawah ni...sangat2 teruja bila apa yg diidamkan menjadi..potongan yg cantik, selain rasanya yg mmg sedap dan mmg menepati citarasa saya dan juga seisi keluarga...suami suka, anak2 suka, adik pun suka, kawan2 pun kata sedappp ...seronokkkk sgt2....kalau boleh loncat mmg dah loncat...resipi ni saya ambil drp blog resepidaria...terima kasih kerana kongsi resipi drp chef asma..mmg kelassss resipi ni..tp lain kali mmg nk lebihkan cendol sbb mcm tak brp menyerlah pulak cendol tu...hehe
TALAM CENDOL
Sumber: Kelas talam chef asma
Publish by: Resepidaria.blogspot.com
Lapisan bawah
Bahan A
200gm tepung beras*
- 250ml santan pekat*
- 450ml air*
- 1 tbsp tepung jagung*
- 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
- 1 tsp garam
Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil
Cara-caranya:-
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-
Bahan A
- 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
- 50gm gula castor
- 500ml air
Bahan B
· 150gm tepung gandum
- 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
- 250ml santan pekat
- 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Sila cuba ye my friends...
Cakes
To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.
Happy Birthday
Ini birthday anak bujang ku yg sulung, my eldest son, Aiman..he turned 12 last May this year...he is becoming so tall...so big, and that makes me so old...haha
Recipe taken from here http://cendanakasih.blogspot.com/2011/06/irfan-dan-6-tahun-kek-coklat-moist-ck.html
Then this was Afif's birthday, my youngest son...He turned 8 last July this year... huhuhu my baby dah besar...baby lagi ke? yes....hehe
Red Velvet Cake...delicious...absolutely delicious...Afif loves this very much...
Recipe taken from http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCake.html
Tiramisu untuk abah...He turned 67 last August this year...Not really satisfied with the outcome...mcm ada sesuatu yg hilang... Never mind, it finished in a minute after all... but next time, i'll make sure tiramisu chef punya standardlah...haha
Recipe taken from here http://www.myresipi.com/top/detail/736
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Balik drp masjid sembahyang raya, abah terus ke surau pulak bagi menyempurnakan ibadah korban..sama-sama bergotong-royong melapah daging dan membahagi-bahagikan kepada yang berkenaan...selain abah bawak balik bahagiannya, abah juga bwk balik ekor lembu ni ha...hehehe nak masak apa ni abah? sup ekor? shedapnyeeeee..... pernah dua tiga kali makan oxtail soup kat Big Plate...sedap makan ngan roti...yang ni abah nak masak mcmana? Tak sempat nk rasa, dh balik rumah dah....
Kuih Raya
Kuih Samperit
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen
vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan
akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut
dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan
sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C
selama 15 - 20 minit.
jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Resipi ihsan : Norazie
Selain kuih semperit, raya puasa haritu buat kuih tart juga..tart nenas apa lagi..kegemaran seisi keluarga, kegemaran saya sejak dr kecil lagi... Saya suka tart nenas jenis terap, yang gulung tu kurang sikitlah..lebih suka yang terap lagi, ntahlah sbb memang dr kecil tart nenas terap ni jelah yang saya amat suka sekali.... Alhamdulillah raya puasa haritu banyak juga tempahan walaupun asalnya buat utk makan sendiri je, tp ramai pulak yg berkenan...rezekilah tu kan...
Tart Nenas - Mel Melati
Ini pula biskut bunga cina...actually seingat sayalah mcm tak pernah makan kuih ni...hmmm memang tak pernahlah...hehe..tapi mcm sedap je tgk kat fb 'nina cybercake'...nina jual kuih ni sampai berbalang2...ramai betul peminat kuih ni...mcm nk order, asyik tanguh2, lama2 order pun ditutup..tapi teringin betul nak tau camne rasa dia...so cari sendirilah resipi..banyak sgt resipi pakcik google ni bagi, sampai tak tau yg mana satu nk ikut...last2 ambik jelah resipi from blog 'kak nor secubit garam'...oklah sedap gak kuih ni, dia cair di mulut...cuma next time kena kurangkan gulalah coz mcm manis sgtlah pulak....apa2pun, sgt sedap dan cantik kuih ni...
BISKUT BUNGA CINA
Cara
To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi41200 KlangSelangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.