Thursday, February 28, 2013

Happy Birthday Puteri Adriana

Chocolate cake bertemakan mermaid untuk sang puteri... Ini ditempah oleh rakan sekerja, untuk cucu kesayangannya... Dia memberikan kebebasan untuk saya buat apa saja asalkan tema sesuai untuk budak-budak umur 4 tahun...
Idea saya nak buat mermaid ni je... Alhamdulillah both opah and cucu tersangatlah gembiranya....
 
 
Ini pula lebih-lebih kek coklat, khas untuk anak-anak ibu tersayang... decoration tu dibantu oleh anak yang bongsu yang suka sangat nak picit-picit icing....


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, February 25, 2013

Kuih Serimuka Pandan

Memang dah lama sangat nak buat kuih ni....pulut rasanya dah beli lebih dari 6 bulan dah...hahahaha elok lagi tu... Masa terasa nak buat ni...cadangnya nak guna pandan paste je...haaa tu yang jadi malas sangat nak buat ni...asyik tangguh-tangguh je...
Alkisahnya kan haritu ada buat nasi lemak pandan? Beli daun pandan bukannya boleh sikit-sikit, dia jual banyak...balance daun pandan tu adalah dah buat masuk kat nasi tomato, haritu ada buat masak rendang...and ada lagi balance dok simpan dlm fridge, dah dekat 2 minggu, dah nak layu dah daun pandan tu..nak buang ehhhh sayang... haaa tu yang automatik rajin gila buat kuih seri muka ni...hahahaha
Amboiiii memang bau pandan semerbak....suka sangat bila buat kuih ni menjadi tip-top...Alhamdulillah...sedap pun ye...

Terima kasih pada Yatimemories coz sudi kongsi resipi ni...memang sedap...

Lapisan Bawah (pulut) :

  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam
Rendam pulut 4 jam, basuh dan toskan.kukus selama 1/2 jam. Apabila pulut masak tekankan ke alam loyang yang beralas plastic supaya senang untuk dikeluarkan. tekan padat2.

Lapisan Atas :

Bahan A
  • 250 gm gula pasir
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • *400 ml air
  • *20 gm air daun pandan *saya jadikan 400ml air daun pandan

Bahan B
  • 4 biji telur (pukul rata)
  • 1/2 tsp garam
  • 1/4 tsp esen pandan (klu suka) saya tak letak ni...dah guna air daun pandan
  • 1/4 tsp air abu (klu suka) saya tak letak ini
  • pewarna hijau pewarna hijau epal sikit
  1. satukan A , kacau rata masukkan bahan B kacau rata dan sebati.
  2. tapis ke dalam periuk & masak
  3. kacau hingga naik wap.
  4. tuang ke atas lapisan bawah kukus selama 30 minit.

Sunday, February 24, 2013

Happy Birthday Aman & Amir

It's a Red Velvet Cake... birthday 2 in 1. Pada mulanya ingatkan birthday twin brothers...rupanya saya silap...birthday untuk yang berumur 33 tahun dan 8 tahun...
Terima kasih kerana sudi order daripada saya. Maaf tak dapat nak jumpa sebab ada hal pagi tu...
Baru perasan rupanya 'AMAN' huruf besar, 'Amir' huruf kecik.... hmmm mcmanalah boleh jadi mcmni....hehehe

To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Friday, February 22, 2013

Nasi Tomato Melompat Nonie

Nasi Tomato ni resipi istimewa daripada kawan lama....she's a great cook. memang sedap nasi tomato ni...sangat-sangat ngam dimakan dengan ayam masak merah dan sayur campur. Lebih cantik kalau guna beras basmathi. Saya memang dah plan nak buat nasi tomato dan dah beli semua barang-barang...tapi satu tertinggal...beras basmathi...dek kerana dah teringin sangat nak makan nasi tomato, boleh ajelah guna beras biasa...sedap jugak...heeee
Saya tidaklah ikut sukatan betul-betul seperti yang diberi ni...cuma agak-agak je sebab tak guna 1 kg beras, kalau 1kg beras, tak habis nanti kami anak-beranak...and saya guna rice cooker, masuk je semua dalam rice cooker, senang....heeeee

Terima kasih Nonie share resipi ni ye....

Resepi Nasi Tomato Melompat Nonie
 

Bahan-bahannya:
1kg beras Basmathi (dicuci beberapa kali dan ditoskan)
5biji bawang besar
5biji bawang putih
4inci halia tua
Rempah campak - cengkih, kayu manis, pelaga, bunga lawang
4camca besar tomato puri
1peket rempah kari daging
Daun pandan
1/2tin susu cair
1 1/2cawan minyak jagung - utk menumis saya campur ngan butter sikit
Air ikut sukatan beras - sukat beras guna bekas, sukat air dengan bekas yg sama ikut banyak beras
 

Cara-caranya:
Kisar bawang-bawang, dan halia semua.

Tumiskan bahan-bahan kisar, rempah-rempah, hingga wangi.
Masukkan air yg sebanyak beras tadi, susu cair dan daun pandan.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah mendidih, segera masukkan beras. lepas ni saya terus masak dlm rice cooker dan biar hingga masak...bila tanda 'cook' dh mati, saya masukkan potongan carrot dan cili, dan gaul-gaulkan dgn nasi, dan biarkan nasi tanak dan kering dan masak sepenuhnya...(rice cooker tanda 'warm')
Kacau hingga air kering.
Alaskan bawah periuk dan perlahankan api.
Tutupkan periuk dan tekapkan tudung periuk dengan benda berat seperti lesung batu dsb. Biarkan 30minit.
Periksa nasi samada sudah cukup masak atau tidak.
Pandai-pandailah nengok ye! B
oleh masukkan bawang besar yang dibelah 4, buah tomato, cili merah dan cili merah sebagai hiasan dlm nasi.
Setelah siap, sedap dimakan dengan ayam masak merah.
Selamat mencuba!


Tuesday, February 19, 2013

Snowy Cheese Cake

Another Snowy Cheese Cake for Wan Aisy Ezzat...a beautiful name...  thank you for ordering...


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Durian Butter Cake

Apa lagi nak buat dengan durian yang dok kat freezer tu... asyik buat bubur durian je... jom buat cake durianlah..tapi taknak lah yang kena ada cream atau tak nak yang leceh-leceh...nak yang simple je... so I decided to bake a Durian Butter Cake... butter cake dah semestinya simple but tempting kan...

Hmmm... took this recipe from a blog... nampak sangat-sangatlah tempting... bahan pun simple, a normal butter cake cuma tambah durian pulp je...buatnya pun tak sampai 1/2 jam...
Verdict.... sedap...rasa durian asli... selalu kek panas-panas ni sedap dimakan... tapi lain pula dengan kek ni..ni pendapat peribadi sayalah ye..lain orang lain citarasanya... durian butter cake ni tak berapa ngam makan panas-panas...mcm takde rasa... ingatkan tak sedap...tapi bila dah semalaman, jadi sedaplah pulak kek ni..jadi sapa nak buat, kalau buat malam, makanlah pagi, kalau buat pagi, makanlah petang...ini saya yang kata...terpulang pada masing-masing... hehehe.. Kek ni tersangat-sangatlah lembutnya....

Ada sesiapa nak mencuba...? Thanks to Cuisine Paradise

Ingredients:
250g Self-Raising Flour, sifted
250g Unsalted Butter, soften
200 - 220g Caster Sugar
5 Eggs (55g each)
350g Of Fresh Durian Pulps
50ml Fresh Milk
1 Teaspoon Vanilla Extract
Method:-
1. Scrap the flesh of the Durian into a bowl and set aside for later use.

2. Preheat the oven to 170 degree.

3. Cream the butter and sugar together until light and fluffy (beating with an electric mixer for about 5 minutes on medium speed).

4. Add in 1 egg at a time, beating well in between each additions.

5. Beat in Durian pulps till combined, using a rubber spatula to fold in half the sifted flour (careful not to over-stir or beat the mixture) and follow by milk and remaining flour.

6. Divide the batter into the prepared casing, hollowing it out slightly in middle to prevent it rising to a dome in the centre. (you can add in some extra durian pulp on top like what shown in the 1st photo above).

7. Bake the cake in preheated 170 Degree Celsius oven for 40 - 45 minutes or until a skewer insert in the middle and come out clean.

Bye Bye Durian Crepe

These are my last order for Durian Crepe. I will not take orders anymore...for the time being...sementara sahaja..sebab musim durian dah menghilangkan diri...harga pun mahal betul... so stop dululah...

I would like to thank all the durian lovers who never stopped ordering this tempting dessert. Thank you so much for your support.

See you next durian season, In Shaa Allah...

Good Bye Durian Crepe... for now...

Oh but you can still order Strawberry Crepe and Apple Crepe ya... thank you...

Monday, February 18, 2013

Nasi Lemak Pandan

Aduhhhh bau apakah yang wangi itu...? Yeee tatkala nasi sedang nak masak kat rice cooker tu, aroma santan dan daun pandan menusuk ke kalbu membuatkan semua kat rumah tu meronta-ronta bilalah boleh makan ni....heeeheee

Alhamdulillah...ini inspirasi tengok Jalan-Jalan Cari Makan haritu, memaparkan sebuat restoran kat mana lupa plak...Restoran Nasi Lemak Heejau... dia kata dia letak daun air pandan...
Kita pun buatlah...selalu orang letak je daun pandan sehelai dua kat dlm nasi tu, tapi ini, kita masukkan santan dan jus daun pandan daripada daun pandan yang diblend dgn air tau...cubalah kawan-kawan..wangi je...sedap pun ye... and saya masukkan juga hirisan halia sikit dan garam bagi rasa lemak-lemak gitu. Santan saya guna santan kotak je...humbankan aje semua dalam rice cooker, then on kan aje..tunggulah dia masak... sementara nasi masak, sediakan lauk-lauk iringannya..yang wajib tu of courselah sambal tumis dan telur (yang lembik2 sedapnyaaaa)...yang lain-lain tu optional...

Disebabkan saya masak ni untuk makan tengahari, so kenalah buat complete meal... ada sambal tumis ikan bilis, telur, kangkung, timun, ayam goreng berempah....kacang lupa nak beli, so takdelah... Alhamdulillah... Pinggan yang cantik untuk sesi fotografi tu saya serahkan pada suami sambil kata RM10 satu... kihkihkih...

Wednesday, February 13, 2013

Kuih Abuk-abuk

Kuih Abuk-abuk, kuih tradisional melayu yang jarang jumpa dijual sekarang ni... Ianya sagu yang dicampur dengan kelapa dan di gaul bersama gula melaka, dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon dan dikukus hingga masak...memang sedap! Dulu selalu nampak orang jual, mak pun selalu gak buat ni...tapi sekarang jarang sungguh...
Tapi takpe....boleh buat sendiri...senang je... tapi kalau dah namanya saya yang nak buat, memang xde daun pisanglah... hehehe... malaslah nak beli daun pisang..sebab nanti mesti daun pisang tu akan layu je kat dalam fridge tu...sebab saya ni kadang semangat je beli bahan, tapi bila sampai rumah, banyak halangannya...kadang nak kena penuhi tempahan, lepas tu dah penat, nak rehat..dah rehat lama-lama lupa akan daun pisang tu...sampai berminggu-minggu...haaa tulah pasal...nak buat kuih yang bukan orang tempah ni kan, ikut mood...time rajin mulalah, tapi kalau time malas...gonelah... sebab tulah tak payah guna daun pisang pun boleh...kita buat kuih Abuk-abuk cara moden...

Tak sangka anak-anak dan suami suka... memang sedap..bila buat sendiri, letaklah gula banyak sikit, barulah betul2 sedap.... saya isi dalam acuan lompang je...kiut-kiut jadinya...sekali ngap je...

Bahan-bahan (saya ada rujuk di beberapa buah blog..lupa saya ambik di blog mana, minta halalkan ye....):
1 cawan biji sago
1 cawan kelapa parut putih
sedikit garam
gula melaka/gula merah

-Biji sago direndam dalam 15 minit.
-toskan dan gaulkan dengan kelapa dan garam
-letak sikit adunan dlm acuan lompang, isikan dengan gula melaka, top-up kan dengan campuran sago dan kelapa td, tekan-tekan kan bg mampat sikit sehingga memenuhi acuam lopang tersebut
-kukus dalam 15 min

Updated 17/2/2013
Tak nak buat entri baru...sebab nak cerita sikit je...haritu buat kuih abuk-abuk versi bulat-bulat ni tak cukup kata my children... so today buat lagi, since ada lagi sago tu kan... tapi kali ni buat versi loyang... tepek-tepekkan dalam tupperware, taburkan gula merah, tepekkan lagi dengan sago...then kukuslah...
Rasa dia sama je...Sedap tetap sedap....tapi nampaknya my children lebih suka versi bulat-bulat...hmmm layan jelah...

Corat-Coret Chinese New Year

Tahun ni perayaan Chinese New Year jatuh pada hari Ahad dan Isnin. Dengan itu, hari Selasa pun ikut serta cuti...so bayangkan syoknya cuti Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa... tapi cuti duduk rumah jelah...tak pergi mana pun.. habis jalan pun pergi Tesco je...hahahaha sadiskan... kat rumah pun bukannya relax sangat pun...asyik kemas, masak, kemas, masak... gitulah tugas kita kan... Alhamdulillah untuk keluarga yang tercinta...heeeeheee
Alhamdulillah, orang lain dapat limau mandarin berbiji2, kita dapat ni haaa limau bali sebiji...client bagi sorang satu kat ofis sebelum cuti haritu... manis dan juicy buahnya... moga perniagaan beliau bertambah majulah ye...

Jom tengok apalah yang digodek time cuti panjang ni...

Mi Bayam
Nampak resipi macam senang je nak buatnya...kononlah nak buat sendiri lagi best katanya...kebetulan adalah pulak sayur bayam dalam fridge tu, macam dah nak layu...so projeklah... bahan-bahan dan cara-cara memang senang..tapi... you must have a pasta maker tau.... unless kalau you memang betul penyabarlah... saya penyabar sekejap je..last2 penat jugaklah nak memotong manually...tak larat...buat sekerat je..asal cukuplah nak makan 5 beranak... hihihi
Mi Bayam (From Mama Ghock, Resipidotnet)
500 gm tepung
200 ml kisaran daun bayam (kisar daun bayam dan air)
1 sudu kecil garam
Campur semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Bahagikan ke beberapa bahagian.
Gelek doh hingga menjadi kepingan nipis (no. 5).
Lalukan kepingan di bahagian pemotong mi.
Didihkan air hingga menggelegak dah masukkan mi siap potong ke dalamnya. Rebus hingga mi timbul, angkat dan toskan.
Masukkan dalam bekas dan gaulkan dengan minyak. Sejukkan dan boleh digunakan terus atau disimpan sehingga beberapa hari di peti sejuk.
 
masak la ikut suka hati...
 
 
Roti Jala dengan Kuah Durian
Buat bubur durian lagi untuk makan-makan di rumah mak, saje2 suka2...sebenarnya permintaan anak yang bongsu, teringin nak bubur durian katanya...durian ni memang dah simpan dlm freezer lama dah..lebih2 buat durian crepe, durian yang tak berapa best untuk dibuat jual dan dibuat crepe, so simpan dalam freezer, harini saya buat bubur durian...masih elok lagi duriannya...dan masih sedap bila dah dicampur dengan santan dan gula melaka dan sedikit gula pasir...hmmmm tak terkata dengan bau dan rasanya....
 
Roti jala pun buat dwiwarna..suka nak buat warna kuning dan hijau, biar meriah sikit...saje seronok... Bahan roti jala pun biasa je...tepung, telur, air, susu, garam, minyak sikit...blend semua sekali, tapis, sedia untuk digunakan...letak pewarna skit...
 
Jemput-jemput Nasi
Hehehehe jemput-jemput je...? kelakarlah... lebihan nasi ada sikit je dalam segenggam setengah je..nak buat nasi goreng mana cukup 5 beranak... sebenarnya nak buat apam nasi, tapi malas pulak nak keluarkan kukusan...ada je benda yang malas nak buat..heeeheee... so tindakan yang paling cepat adalah buat jemput-jemput je lah untuk mengelakkan nasi tu dibazirkan.... blend nasi bersama air, then gaulkan dengan tepung gandum, bawang, ikan bilis, hirisan kentang (dan apa2 ikut suka nak letak apa), and garam sikit... gaul ikut kepekatan yang dikehendaki, then gorenglah..makan ngan cili sos je...
 
Dadih Mangga
Hehehe yang ni malu sikitlah nak tunjuk sebenarnya... sebab dadih ni guna yang instant je... senang kerja sikit...cuma saya campurkan hirisan dadu buah peach..bagi meriah sikit... nyummm nyaman masuk tekak sejuk-sejuk...

Pizza
Ini pula pizza....mula-mula rajin...ingat nak buat base pizza sendiri..rajinlah konon..ntah kenapalah tetiba m_l_s pulak... so pegi Giant, cari roti Naan... hahaha guna roti Naan aje as pizza base... sedap apa...express gitu... sos pun express gak..guna sos spagethi brand kimball...letak isi ayam, sausage, nenas, bawang, traffic light capsicum, cendawan butang, tomato, apa lagi ye...hmmm itu aje kot..then tabur cheddar cheese dan mozarella cheese...then bakar...nyummmm
 
Banyak lagi sebenarnya...macam-macam dalam kepala ni nak buat time cuti panjang ni..tapi kadang-kadang tu macam syok je tengok sofa yang empuk kat depan tv tu membuatkan terus terlekat kat sofa tak nak bangun-bangun... hahahaha... nasib baiklah time breakfast, lunch, dinner terus gagah ke dapur...
 

Tuesday, February 12, 2013

Snowy Cheese Cake untuk Boss

A Snowy Cheese Cake order daripada rakan-rakan sekerja hubby...birthday cake untuk Boss..tapi taknak tulis Boss kat situ...nak Happy Birthday aje...
Alhamdulillah, feedback daripada semua kata sedap....!!! Alhamdulillah...


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Tuesday, February 5, 2013

Indulgence Cake for my boy


 Happy Birthday to my dearest Arieff...birthday was 31st Jan, but was celebrated later last weekend...lambat sebab tunggu weekend so family semua blh berkumpul...celebrated with atok, nenek, ucu and all lah....family aje...
Made this Indulgence Cake...mula2 ingat nak beli je from Secret Recipe...tapi fikir2, ala buat sendiri jelah...hahaha...
Hmmm sangat chocolaty...gemuk macam ni.... and...not a good choice to put the love letter biscuit on the cake...tgklah tu, lembik je..jadi lemau...hahaha sian...

Sebelum tu, pi makan-makan dulu...memang nak sangat makan steamboat...ni bukan permintaan birthday boy..tapi permintaan ibu birthday boy hahaha...tapi makan kat sini atas celebrate birthday dialah...alah..dia makan apa pun tak kisah... so alkisahnya makanlah kat Steamboat Antarabangsa bertempat di Habour Place, Klang... tak sangka kat sini pun ada Steamboat Antarabangsa... dok google cari2 tempat steamboat yang dekat, jumpa pulak kat Klang..dekatlah sangat, about 10-15 min drive je... and tengahari dah bukak dah...so kita lunch kat sinilah... mmmm not badlah kan... sedap juga..makan sampai kenyang...Alhamdulillah...
 Ada steamboat and grill....
 Fish ball bentuk Angry Bird...
 Dessert ice cream...budak-budak ulang2 ambik ini je...
Ni pun dessert...ibu ulang-ulang ambik ini pula...jeruk betik...(alamak..tatkala menulis ni tertelan2 air liur tgk gmbr ni..sedaplah....adoiiii...)

Meh nak share resipi Indulgence Cake ni.... walaupun kalau you all google je mesti ada resipi ni...tapi saya bagi jugalah di sini... tak ingat dah sumber sebenar drp mana...google je dah appear... tapi resipi ni menggunakan gelatin.. halal of course.. just saya rasa kureng sikitlah... nanti nak cuba buat yg tak perlu guna gelatin... ada jumpa resipi tu haritu...nanti buat lagi... birthday sapa pulak nak jd mangsa ni ye...

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

BAHAN A (Chocolate Chiffon):
30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kunig telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kesil soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA-CARA:
Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed
Di dalam mangkuk lain, pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, biarkan betul2 sejuk baru di belah kepada 4 lapisan.

FILLING (Mousse Coklat Hitam):
200g coklat masakan hitam
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
1/2 sudu besar mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air

*simpan sedikit adunan untuk sapuan nipis pada kek

CARA-CARA:
Rendam gelatin dengan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati dan angkat.
Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaub balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

FILLING (Mousse Coklat Putih):
200g coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
2 sudu besar gelatin
50ml air

CARA-CARA:
Rendam gelatin dann air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu segar dan whipping cream yang diputar. gaul hingga rata.
Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selam 4 jam (sehingga beku). Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat. Seelok2 nye mousse putih dibuat sehari lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru disapu ke atas kek.

TOPPING CHOCOLATE GANACHE:
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350g coklat masakan hitam
1 sudu besar mentega cair

CARA-CARA:
Masak secara double boiler, panaskan whipping cream***hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.
 
***Hiasan: untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whish hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzel pilihan dan pipe di atas kek atau tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang dihias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

***untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras, tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak supaya lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

CARA-CARANYA:
Belah kek chiffon kepada 4 lapisan.
  1. Lapisan pertama: letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  2. lapisan kedua: letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
  3. Lapisan ketiga: letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
  4. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Keluarkan kek dari loyang, sapu nipis dengan mousse coklat hitam keseluruhan kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  6. Letak kek di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru dihias.
  7. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Happy Birthday Aqil Naufal


Two Rainbow cakes for the handsomely two year old birthday boy, Aqil Naufal. Thank you mama Linda...

The famous amos Angry Birds...





The cutest twins in Malaysia...Upin dan Ipin...betul...betul...betul...





To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.