Nasi Tomato ni resipi istimewa daripada kawan lama....she's a great cook. memang sedap nasi tomato ni...sangat-sangat ngam dimakan dengan ayam masak merah dan sayur campur. Lebih cantik kalau guna beras basmathi. Saya memang dah plan nak buat nasi tomato dan dah beli semua barang-barang...tapi satu tertinggal...beras basmathi...dek kerana dah teringin sangat nak makan nasi tomato, boleh ajelah guna beras biasa...sedap jugak...heeee
Saya tidaklah ikut sukatan betul-betul seperti yang diberi ni...cuma agak-agak je sebab tak guna 1 kg beras, kalau 1kg beras, tak habis nanti kami anak-beranak...and saya guna rice cooker, masuk je semua dalam rice cooker, senang....heeeee
Terima kasih Nonie share resipi ni ye....
Resepi Nasi Tomato Melompat Nonie
Bahan-bahannya:
1kg beras Basmathi (dicuci beberapa kali dan ditoskan)5biji bawang besar
5biji bawang putih
4inci halia tua
Rempah campak - cengkih, kayu manis, pelaga, bunga lawang
4camca besar tomato puri
1peket rempah kari daging
Daun pandan
1/2tin susu cair
1 1/2cawan minyak jagung - utk menumis saya campur ngan butter sikit
Air ikut sukatan beras - sukat beras guna bekas, sukat air dengan bekas yg sama ikut banyak beras
Cara-caranya:
Kisar bawang-bawang, dan halia semua.
Tumiskan bahan-bahan kisar, rempah-rempah, hingga wangi.
Masukkan air yg sebanyak beras tadi, susu cair dan daun pandan.
Masukkan garam secukup rasa.
Setelah mendidih, segera masukkan beras. lepas ni saya terus masak dlm rice cooker dan biar hingga masak...bila tanda 'cook' dh mati, saya masukkan potongan carrot dan cili, dan gaul-gaulkan dgn nasi, dan biarkan nasi tanak dan kering dan masak sepenuhnya...(rice cooker tanda 'warm')
Kacau hingga air kering.
Alaskan bawah periuk dan perlahankan api.
Tutupkan periuk dan tekapkan tudung periuk dengan benda berat seperti lesung batu dsb. Biarkan 30minit.
Periksa nasi samada sudah cukup masak atau tidak.
Pandai-pandailah nengok ye! B
oleh masukkan bawang besar yang dibelah 4, buah tomato, cili merah dan cili merah sebagai hiasan dlm nasi.
Setelah siap, sedap dimakan dengan ayam masak merah.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment