Tuesday, February 28, 2012

Sedap Punya Pasal

 
Sedap punya pasal, dia order lagi... Last time dia dapat mini kek pemberian daripada anak murid, tanda terima kasih anak murid kepada gurunya kerana membimbing dan memberi tunjuk ajar hingga berjaya di dalam PMR. This time, dia order sendiri, sebab dia kata, 'sedap punya pasal'... Thank you so much to Cikgu... lupa plak tanya nama cikgu, but he/she is a science teacher. Really appreciate the compliment.

Thank you to dear Khairul, the org tengah, she's been my regular customer, so order last minit pun no hallah... dgn syarat I free la..hihihi

To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang , Selangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, February 27, 2012

Cream Puff Traffic Light

 Hahaha..traffic lightlah konon...
Last weekend, ada org order cream puff. And sajalah buat lebih, coz nak sahut my hubby's suggestion utk buat cream puff perasa strawberry. When he suggested, I was like...huh? strawberry? Takde org buatlah.... and he said, xde org buatlah, kita buat... okeylah.... So i dah campurkan itu cream kastad with strawberry paste and my own idea with pandan paste...I like the pandan paste more..wangi je bau je.. Taste wise, biasa je...oklah...hehehe maybe tak cukup banyak perisa strawberry yang diletakkan. But my husband gave me thumbs up. Dia kata sedap...Alhamdulillah...thank you abang...
Unfortunately, my children tak suka..they like the original one..huhuhu...

 Inilah order orang...kenapalah I lupa tanya nama dia...haishhhh...anyway, thank you my dear, sampai sesat2 cari rumah...


To order, pls place the order 5 days in advance to:
 ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
 ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Arieff Imran

Happy Belated Birthday to my 2nd son, Arieff Imran... Sorry my dear, ibu lambat buatkan kek birthday...tapi haritu dah celebrate keluar makan kan..nenek dah belanja kan... hmmm tapi budak2 kan..manalah cukup dengan hanya makan kat luar, nak kek birthday jugak... yang ibu ni pulak, memang kesibukan jatuh di hari lahir dia...tiap2 minggu ada je tempahan kek, Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezeki yang datang... And Alhamdulillah, akhirnya, semalam dapatlah Arieff meraikan belated birthday bersama family terdekat...suka betul dia...

 Kek yang surprise untuk dia...buat senyap2, tak bagi dia nampak...
 Kek Coklat Lembap

 Eh...macam ada motor terselit kat tepi tu..sapa pulak yang menambah tu...?


To order, pls place the order 5 days in advance to:
 ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
 Email : nilam72a@yahoo.com

Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Sunday, February 19, 2012

Apam Keledek

Ini last...stok keledek yang terakhir...nak buat apa ye...minta tolong pakcik google, tertarik pada resipi apam keledek dari blog Ummi. Thank you, Ummi. Alhamdulillah, sangat sedap apam ni...makan dengan kelapa, memamg sedap.

rupa yang berlubang2 tu takpelah...janji sedap


Apam Keledek

A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

B
200gm keledek (rebus/kukus dan dilenyek) (stok tinggal 260gm, saya habiskan semua)
150gm gula kastor
1 biji telur
150ml santan pekat

C
200gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder (saya guna baking powder biasa je)

Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Biarkan selama 5-10 minit.
Kemuadian campurkan kesemua bahan-bahan B dan diblend halus, tuangkan dalam mangkuk lain.
Masukkan bahan-bahan C ke dalam bahan B sedikit demi sedikit dan dikacau rata dan sebati.
Akhir sekali masukkan bahan A tadi dan dikacau hingga sebati.
Biarkan adunan sehingga 1 jam (tutup mangkuk tu ye).
Kemuadian panaskan kukusan dahulu, sapukan bekas/loyang dengan minyak, dan kukus dan 15-18 minit.
Makan dengan kelapa.

Seriously sedap nih...cubalah...


Kuih Bakar Keledek

Kuih Bakar Keledek... first time buat ni. Alhamdulillah...menjadi...sangat sedap..dan sangat disukai seisi keluarga, itu yang penting sebenarnya...dapat makan yang kerak2 atas tu lagi sedap..hehehe

 Ambik resipi from Home Sweet Home...and resipi asal from Bro Rozzan...terima kasih kepada kedua2 penyumbang resipi ni...

KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahan :
  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) (saya punya keledek malaysia hihihi) -direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk (saya taruk ni...)
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi (akak guna unsalted butter jek) (saya guna minyak sapi sbb mmg ada dlm fridge)
Cara:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. (saya blend semua dan tak tapis pun)
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. (saya guna 7")
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.



Kuih Cucur Badak

Kuih Cucur Badak...di mana badaknya...? kihkihkih... kalau ikut asal kuih ni ada udang besar kat atasnya...itu duluuuu punya kuih. Kuih cucur badak sekarang dah tak nampak org jual ada udang kat tengah2 tu...nak jimat kot...udang mahal...yelah kan... buat sendiri pun dah takde nak letak udang pun...ada udang ke takde udang ke..yang penting rasa keledek ada, dan inti kelapa yang pedas2 manis dan basah...memang best...

 Resipi cucur badak ni keledek rebus campur tepung gandum, sukatannya main agak2 je... Tapi intinya saya ikut resipi Kak Ita, pakar kuih-muih ni.... Thank you Kak Ita kerana tunjuk ajar, InsyaAllah ilmu yang dikongsi dapat ganjaran dariNya...

Inti Kelapa (amount ni banyak, so pandai2lah bahagikan)
A
150gm bawang merah
30gm bawang putih
80gm udang geragau (basuh, tos kering, blend)
3/4 btg serai
50gm cili kering
1st kunyit serbuk

B
10tbsp gula
1/2tsp garam
700gm kelapa

Kisar semua bahan A hingga halus.
Masuk dalam kuala (tanpa minyak) dan masak hingga setengah masak baru masukkan B, kecuali kelapa.
Masak hingga pekat baru masukkan kelapa.
Kacau rata sehingga kering dan ringan.



Kuih Keria

Kuih keria...kuih dari zaman kanak-kanak sampailah sekarang, tetap menjadi kesukaan...

Kuih keria terhasil daripada gabungan keledek rebus dan tepung gandum..tu je, sounds easy, tapi nak kena pandai balancekan tepung dan keledek juga. Silap adunan, kuih keria boleh jadi lembik atau terkeras...tak sedaplah jadinya...

Ini kuih keria moden kot...hehehe kuih keria versi donut... sebab disaluti gula halus je, bukan gula yg keras tu...bukan x nak buat gula yg keras tu, tp mcm fobia pulak..al-kisahnya dulu...duluuuuuuu zaman masa bujang, pernah nk salut keria dengan gula keras ni, tapi gula tu tak keras2..cair je gitu...dua kali buat, macam tu jugak...alahai...frustnya Allah saje yang tau...sejak tu, maleh dah buat gula keras tu...hihihihi...ok ok ada yg kata don't give up..oklah akan ku cubalah nanti..haha
 Tapi salut gula halus pun sedap juga tau....
Ni versi dah malas..main bulat2kan aje...

Saturday, February 18, 2012

Ubi Keledek (Sweet Potatoe)

Siapa tak suka keledek...memanglah...haha...Ubi keledek ni sedap makan gitu je (lps rebuslah of course), atau goreng, makan cicah gula, atau buat bermacam2 jenis kuih tradisional melayu...

Beli ni kat Air Hitam haritu, punyalah promote gila2 si penjual tu..manis ni dik (adiklah sgt kan...)..kita memang suka keledek rebus...kalau dpt yg manis tu, sedapnya... so belilah..tapi bila kita rebus, tak manis pun...tak brp kicklah... anyway, xpe, kita buat kuihlah...nantikan entri seterusnya hehehe

 Tengok ubi keledek ni...macam kaktus pulak...
 Ini kategori ubi juga ni... namanya ubi kemili... sedap rebus and makan dengan sambal tumis...tapi kita lebih suka makan gitu je...
 My husband complain, kenapa beli ubi ni...bukan tak suka makan, tapi lecehlah nak kopek kulitnya, yelah..kecik bebenor...haha..oklah, kita tolong kupaskan semuanya, senang sikit nak makan...

Friday, February 17, 2012

Cheese Cake

Cheese Cake.... Hmmm sedap...sedap...letak blueberry menambahkan kesedapannya... Ini sebenarnya kek nak bawa ke rumah MIL...tapi, kerana kelam-kabut masa nak balik tu, terlupalah pulak kek dalam fridge ni haa... takde rezekilah nampaknya family kat kampung tu..next time ye... jadi cheese cake ni jadi habuan sendirilah....

Recipe taken from the website...saje pusing sana, pusing sini cari resipi...tetiba nak cuba yang ni...

Plain Cheesecake Kak Norehan

bahan A ( dipukul kembang)
250gm cream cheese
30gm butter
1tbs lemon juice ( saya guna 1 tsp lemon oil)

Bahan B (dipukul kembang)
30gm gula (next time nak tambah 50gm)
3 kuning telur

Bahan C ( pukul hingga betul2 kembang)
3 putih telur
3tbs gula

Bahan D
80cc milk
30gm tepung

Cara2
1. pukul bahan A hingga sebati..campurkan bahan B yg sudah dipukul kembang, campurkan susu, campurkan tepung dan akhir sekali masukkan putih telur yg sudah dipukul kembang
2. masak guna steam bath method . Suhu 180c selama 60 minit. lepas 60 minit saya keluarkan air dan biarkan cheesecake dalam oven sampai sejuk..tutup oven direnggangkan..alhamdulillah cake tak merekah.


Wednesday, February 15, 2012

Terima kasih Cikgu

Congratulations to Sarah, Khairul's daughter, to pass the PMR exam with flying colours... Alhamdulillah..when you work hard, the victory is yours... She would like to thank to all her dedicated teachers for being so patiently and kindly delivering and mentoring her to the top. Chocolate cake is always the favourite...

For her school teachers
Mini sized cakes for her tuition teachers





To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Friday, February 10, 2012

Red Velvet Cake

This cake order is from Linda too...She wants a simple design...
For the birthday party too...
To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi
41200 KlangSelangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Chocolate Cupcakes

Colourful chocolate cupcakes for children...ordered by Linda for her son's birthday party...
50 cupcakes with M&M on top...
Made extra to be brought back to MIL's house...Extra too for a family next door...

To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Jelly Kelapa and Caramel Mini

Never make and sell caramel pudding in a small container but Alhamdulillah...it turned out great. Thank you to Linda for believing in what i do...
She ordered 40 for kenduri at her house
Made extra for own house, goshhhh can't wait for 2 or 3 days...lesap..habis..licin...Alhamdulillah
I use the same recipe as per my older post on pudding caramel...selak2 belakang boleh....?

Ini pula jeli kelapa muda. Makan sejuk2 ni memang nyaman je masuk tekak...Linda ordered 100 for this...thank you.
All packed to be delivered.

To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Talam Lapis Pisang

Talam Lapis Pisang ni sangatlah sedapnya...cuma presentation tu kena perbetulkan..haha tersilap teknik membahagikan adunan tepung dan pisang, jadi tak balance pulak lapisannya...walau rupa tak cantik, yakni tak balance lapisannya, asalkan rasanya nyummmm tak kisahlah kan...untuk makan sendiri je....
Terimaksih kepada penyumbang resipi ni

from http://mynurkasih.blogspot.com

A

2 cawan santan (saya guna 2 kotak santan kara yg kecik)

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula pasir (kurangkan 3/4 cwn)

2 sudu mkn tepung beras

2 sudu mkn tepung kastard/tepung jagung

1 sudu teh garam

B

1 cwn pisang emas/berangan - dilecek

1/2 cwn air

sedikit pewarna kuning

C

1/2 cwn air

pewarna hijau

CARA

- campurkan bhn A sehingga sebati - bahagikan dua

- campur bhn B dlm satu bahagian dan kacau rata

- satu bahagian lagi campurkan bhn C, kacau rata

- tuang berselang-seli - setiap lapisan dikukus 8-10 min

- last sekali kukus dlm 10-15 min

- sejukkan sblm dipotong


* jika disimpan dlm fridge, pastu makan sejuk2, ternyata lbh sedap dan nyaman je masuk tekak...hehe

Talam Lapis Kacang Hijau

Talam Lapis Kacang Hijau ni seakan2 Kole Kacang...rasanya sama, rupa je lain...takyah susah2 buat taik minyak... walaupun sedap, tapi kat rumah ni, kecintaan terhadap Kole Kacang masih tersemat di tekak masing2...hahaha..layan jelah... kerana keinginanku untuk mencuba sesuatu yang baru..nampak resipi kat blog, semua nak buat...tapi seriously, this talam is equally sedap dgn kole kacang tu...

Here's the recipe... tapi hairan gaklah... kenapa kuih ku gelap...kuih kat blog tu cerah..cantik je...hmmm x pelah kan....

RESEPI KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
200 gm Tepung Kacang Hijau
50 gm tepung Hoon Kwee ( Noorsha ganti tepung jagung)
40 gm tepung kanji @ tepung ubi
1 sudu teh garam
Pewarna Hijau secukupnya

Bahan B
300 gm gula melaka
100 gm gula halus
2 helai daun pandan
800 ml santan pekat KARA
400 ml air
Loyang 9" 4 segi @ apa² mould yang disukai


Cara-Cara
1. Satukan bahan B, masak hingga gula larut. Tapis dan ketepikan
2. Satukan semua Bahan A kecuali pewarna hijau. Masukkan larutan Bahan B tadi ke dalam Bahan A, kacau menggunakan whisk agar tidak berketul².
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal, satu bahagian lagi warna hijau.
4. Bahagikan setiap bahagian kepada dua bahagian. Tuang satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
5. Apabila masak, ambil satu bahagian warna asal dan tuang atas lapisan pertama tadi. Kukus lagi selama 10 minit. Ulang proses ini hingga lapisan terakhir.
6. Sekiranya terdapat takungan air selepas 15 minit pertama, buang takungan air tersebut. Ini kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk di dalamnya.
7. Tutup loyang dengan kain @ aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
8. Untuk lapisan terakhir kukus selama 25 minit hingga masak,. Biarkan sejuk sebelum dipotong.