Friday, July 13, 2012

Puding Sagu Pelangi


Dah lama nak buat ni...bahan semua dah beli, rasanya dah lebih 2 bulan, tapi tak buat2....haaa tetiba hari ni dapat gak merialisasikan impian...hehehe... harini bos belanja nasi lemak, and ada duit lebih, so orderlah sekali kuih-muih...so i decided untuk buat puding sagu ni since memang dah lama teringin nak buat...kalau tunggu sendiri punya masa, memang takkan ada masa, ada je alasan...tapi kalau fikir orang order, tetiba je ada masa nak buat kan....tulah kita...hahaha
Senang je nak buat ni...tak susah mana pun..bahan-bahan pun senang, dan tak banyak... Puding ni memang cantik, sesuai kalau nak buat hantaran....sangat unik bila ada sagu tu, dia nampak macam ada kristal kat situ... Tapi kalau dari segi rasa, rasa yang sedap biasa-biasa je...cuma ada rasa sagu, tu je... anyway, it's a worth trying...Alhamdulillah, semua suka and semua tanya macamana nak buat...oooo senang je...meh tengok resepi...

Resipi atas sumbangan daripada Yati. Terima kasih kerana resipi yang sedap dan menarik ni.....

Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran
Cara Membuatnya
  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
  5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku



Happy Anniversary Mama and Abah

Happy Anniversary to the best couple in the world....to my dear parents, Mama and Abah...Happy Anniversary, the 43rd... moga murah rezeki, dipanjang umur, mendapat keberkatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat dan moga kekal loving2 hingga ke akhir hayat, hingga ke syurga Allah, InsyaAllah...
This cheese cake special for them. Tapi yang menghabiskannya cucu-cucu nenek and atok... Normal lah tu kan....hehehe

 


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Happy Birthday Reuben

Ini order daripada kawan my sister, Julie....nak 36 pieces chocolate moist cupcakes dengan lukisan Thomas and Friends.... menggigil-gigil lukis ni...ingatkan alaaa senang je ni..sekejap dah siap je ni...sekali...40 min baru siap 1 cupcake...hmmmm tulah pro sangat kan.....kihkihkih... design ni diambil inspirasi daripada sebuah blog yang ditunjukkan oleh seorang sahabat saya...dek teruja melihat design ni, lupa nak tgk blog apa, walaubagaimanapun, terima kasih yang tak terhingga kepada pencetus inspirasi tersebut, moga mendapat ganjaran daripada Allah swt. Aaamiiin...thank you...
Ini untuk kawan-kawan tadika

Ini untuk makan sendiri di rumah

Tapi Alhamdulillah...siap juga dengan jayanya...and Alhamdulillah...customer suka sangat-sangat...very appreciate her sincere comment...thank you....


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

QUICHE

Resipi yang mudah dan sedap, sumbangan kawan sepermainan dulu....bertemu di facebook, buat gathering, reunionlah tu...terima kasih kepada Linda...yang bawak Quiche ni, sedap....anak-anak saya pun suka banget...enak kok...hahahaha..
Ok, Linda telah bermurah hati untuk sedekahkan resipi ni...buat sendiri, makan puas-puas... Alhamdulillah....

Bhn2 A
1) Sosej/crab stick/ayam/tuna/udang/beef : apa saja ikut cita rasa, boleh campur, tapi ada pendapat kata dari segi kesihatan tak boleh campur seafood dgn haiwan2 lain...
2) Capsicum - marah, hijau, kuning... ada warna lain? boleh tarok jugak, bagi colourful
3) Cellery : bagi jgn rasa cheesy dan dia merendahkan cholesterol
4) tomato : sukahati nak letak ke tidak, tapi 1 bj cukup sbb dia berair, nanti jadi soggy
5) Bwg bombay (kuning) 1 biji besar
6) Lada hitam,putih dan garam secukup rasa : letak lada hitam banyak sikit utk rasa pedas
7) Button mushroom : kat Giant dah jual yang dah ptg2, tinggal cincang je

Potong dadu/ cincang semua bahan A. Tumis dgn bwg kuning tu. Masukkan haiwan2 dulu, dah masak sikit baru masuk sayur2an. Angkat dari kuali,toskan.

* Bhn2 atas tak ada sukatan, ikut suka nak letak bnyk mana ya!

Bhn2 B
1) 4 bj telur : kalau nak gebu, blh tambah lagi
2) 300 ml susu segar: jgn bnyk sgt susu, nanti lembik
3) 200 g grated cheddar cheese : nak lagi cheesy, tambah lagi... grated cheese dah sedia jual, RM12.90 for 250g, so habiskan sepeket pun takpe ...nak try campur mozzarella pun blh
4) 60g (atau 4 sudu besar) tepung gandum
5) 40 g butter/merjerin dicairkan: tujuan supaya tak melekat kat loyang bila dibakar
Pukul bhn2 B atas sekali, tak perlu pukul sampai cheese larut... sbb dia tak akan larut pun... :)

Campur bhn2 A & B dalam loyang. Panaskan oven 175c, bakar sampai masak... so far aku buat, ambik masa sejam utk dia masak betul2 dan tak berair.Ok? selamat mencuba.. blh buat dinner..semua dah lengkap, protein, carb, vegie. Mkn panas2 lebih mengancam.


Memang mengancamlah Linda....thank you so much....
 

Thursday, July 5, 2012

Kek untuk kelas mengaji

  
Ibu, jangan lupa abang punya kek...orang semua dah tanya...nak kek...tulah suamiku...oder kek untuk kawan-kawan mengajinya...minggu lepas dia lupa nak bawak kek...minggu ni suami pesan jangan lupa buatkan kek...dia kata hias cantik-cantik tau...


Seperti biasa, ini favourite kek suami saya...chocolate moist kek... Alhamdulillah suami suka, kawan-kawan dia pun suka...


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
 ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Butter Cheese Cake

 Ok, dua jenis kek ni adalah daripada resipi yang sama....cuma ada olahan pada satu bahan je...perbezaan 1 bahan tu menjadikan rupa bentuk dan rasanya jadi lain...tapi bukan ke arah yang tak sedaplah..dua-dua pun rasa sedap..rasa kek...satu rasa cheese cake betul, satu rasa butter cheese cake...lebih kepada butter cake....

Resepi adalah dari sini. Tengok sendirilah ye...Saya cuba nak copy paste, dia tak bagi, nak taip balik malaslah pulak...hehe

Kek yang ni yang memang ikut sebiji kat resipi tu...tiada tokok tambah dan tiada dikurangkan di mana-mana...cuma saya sandwichkan dia dengan strawberry filling je and tabur dengan choc chip atasnya...eh..tu tokok tambahkan...? hihihi...anyway, kena kurangkan penggunaan gula ye, coz bagi saya terlebih manis dah tu...terlebih manis dalam senyuman xpe, jangan dalam makanan...kek ni, yes, sedap! Sempena hari bapa, bantailah tulis je atas kek tu, nak cepat....xpelah, untuk makan sendiri je...kek hari bapa untuk suami tersayang....
sandwich with strawberry filling



Kek ni pulak, alkisahnya....nak sangat buat butter cheese cake kan...konon-konon nak habiskan stok cream cheese dan butter...sekali bila timbang, cream cheese lebih banyak daripada butter...so ikut resipi yang sama, tapi cream cheese tu lebih banyak daripada butter...alaaaa tak ingat pulak timbangannya berapa... disebabkan cream cheese yang banyak, tu yang jadi macam cheese cake tu...and it turned out sedap!
marblekan dengan sedikit nutella...should have put more...


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Bubur Jagung

jagung dengan sagu warna merah
 Alkisahnya pergi mandi sungai kat kem abang ipar dekat-dekat ngan ulu yam..tau-tau ajelah nak pergi ulu yam di sepanjang jalan ada apa? macam-macam jenis buah-buahan...durian, maggis, mangga, jagung, langsat.... Tapi kitorang cuma beli jagung dan manggis je... tak beli durian sebab dah puas melantak kat kebun abg ipar tadi... beli jagung banyak, sedap dan manis jagungnya...sebahagiannya direbus dan dimakan begitu saja, sebahagiannya dibuat bubur jagung.... sedappppnya....

 


Happy Fathers' Day


Selamat Hari Bapa...Happy Fathers' Day...to all the fathers that I know...hehehe lewat dah ni..tapi takpelah..hari-hari adalah hari bapa...hari-hari kena sayang bapa kannn....

Red Velvet kek ni adalah tempahan daripada ziana...she ordered Chocolate Moist Cake during Mothers' Day haritu...and yang ni for her father pulak... Bila saya delivered kek ni kepada bapa beliau, jelas terpampang di wajah bapa beliau bahawa bapanya tersangatlah terharu dan berbangga mempunyai anak seperti Ziana yang selalu mengingatinya... Alhamdulillah...turut merasa bangga... Tak sabar rasanya nak mengucapkan selamat hari bapa kepada abah saya pula...


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Makcik order dari jauh


Makcik sebelah suami...Alhamdulillah Cik Mira begitu berminat nak order Kek Red Velvet ni...kebetulan memang kami sekeluarga nak balik kampung (belah suami) di Air Hitam Johor...dan kebetulan pula Cik Mira sekeluarga buat kenduri arwah... so di kesempatan ini Cik Mira pun orderlah kek ni kerana anak-anak dan cucu-cucu semua berkumpul...dulu pernah rasa kek ni and diorang suka sesangat...bestkan kalau orang suka...

Jauh kek ni berjalan...Klang - Air Hitam...
Oooo rupanya, alkisah sepupuku itu pernah order kek ni daripada kawannya...akan tetapi kek tu terasa tersangatlah pahitnya...that's why diorg order from me kerana haritu terlepas melepaskan kek tu kerana rasanya yang pahit. Emmmm diorg tanya, kenapa kek tu rasa pahit... 2 reasons I can conclude... pertama, kemungkinan baking soda tidak digaul rata, kedua kemungkinan pewarna yang digunakan...Bagi sayalah, pewarna yang paling bagus adalah pewarna Star Brand...haaaa promosi gitu....


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
 Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Muffins

Assalamualaikum semua....sebulan saya tak update blog....takde masa ke malas...? emmm susah nak jawab tu....hahahaha...maafkan saya....

Harini saya saya akan masukkan semua entri tertangguh...yang sepatutnya bulan June...ni dah masuk July dah ni...

Muffins ni order daripada beberapa kenalan termasuk suami sendiri dan anak-anak sendiri..tapi utk anak-anak sendiri tu fully sponsoredlah daripada ibu diorg (hehe sayalah tu ibu diorg...)











Semua ni guna resipi yang sama je...pernah saya post di sini dulu...resipi daripada Ms Nigella Lawson kita tu....

To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS only)
Email : nilam72a@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.

Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.