Friday, March 20, 2015

Kek Kahwin 2 tingkat tema pink dan cream

Kek coklat lembap untuk kedua-dua kek menjadi pilihan pengantin, Norain.


 


 

To order, pls place the order 5 days in advance to: ISAURA KITCHEN Deliciously Home-baked Delights ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only) Email : isaura.kitchen@yahoo.com Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan. Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Tuesday, March 10, 2015

Nasi Semalam

Kalau ada lebihan nasi semalam, jangan dibuang jika masih elok. Sayang kan... ada berbagai cara nak manfaatkan nasi semalam ni selain dipanaskan untuk makan semula...

Nasi goreng

Nasi Lemak Express. Terima kasih Kak Pau utk idea yg bernas ini.

Nasi semalam
Santan pekat (sy guna santan kotak je)
Sambal tumis semalam...
Telur rebus (rebus harini.... skjp je)
Timun dan tomato (potong harini jgk)


Nasi semalam digaul rata dgn santan pekat memikat... jgn santan cair nnt nasi jd lembik. Brp byk santan bergantung brp byk nasi. Agak2 jelah. Masukkn hirisan halia, garam sikit dan sehelai dua daun pandan utk aroma yg mempesona. Masukkn dlm rice cooker. Tekan On. Tunggulah dia masak.... Dah siaplah tu...


Apam Nasi

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tepung gandum...
2 cwn tepung beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2.5 cwn air
1/2 pkt yis mauripan

~ Nasi diblend bersama air hingga sebati.
~ Masukkan gula dan blend lagi hingga sebati.
~ Campurkan ke dalam mangkuk berisi kedua2 tepung dan digaul sebati.
~ Masukkan yis dan kacau hingga rata.
~ Perap adunan lbh krg 2 jam
~ Warnakan ikut suka dan kukus hingga masak. Air kukusan kena menggelegak dulu ye....and loyang sapukn dgn minyak supaya apam sng keluar
~ Dah....silalah mkn bersama kelapa.
resepi from Tukaz


Jemput-jemput Nasi
Nasi semalam diblend bersama air secukupnya. Campurkan dengan tepung gandum, bawang, ikan bilis, daun sup, carrot, garam, telur (optional). Gaul bersama macam buat jemput-jemput seperti biasa...then goreng hingga garing. Tak perlu tambah air ye sebab nasi dah diblend dgn air tadi.

Bubur Nasi

Nasi semalam di masak bersama air di dalam periuk.. Masukkan sekali halia, bawang putih, ikan bilis atau ayam, kentang, carrot. Masak hingga nasi menjadi bubur. Perasakan dengan garam dan pepper. Dimakan dengan ikan bilis goring dan kicap cili api... kalau nk pedaslah...

 

Thursday, March 5, 2015

It's March!

Red Velvet sheet cake


 
Thank you mom


Mini cakes with different designs and different flavours.

  


 Thank you Jaja...
 
Fruit tart and Cream Puff  

Thank you Julie
 
Choc Cupcakes
Thank you Sara

Triple Choc Caramel Brownies
 Strawberry Cupcakes
Thank you Cheryl




To order, pls place the order 5 days in advance to: ISAURA KITCHEN Deliciously Home-baked Delights ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only) Email : isaura.kitchen@yahoo.com Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan. Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, March 2, 2015

Roti Sarang Lebah

Roti Bun dengan Butterscotch Sos. Tulah... resepi asal adalah roti mini sarang lebah tapi sebab saya tak buat bak sarang lebah...saya buat besar2 bak bun... so saya panggil roti bun, tapi tetap mengambil inspirasi dan resepi drp pemilik asalnya, roti mini sarang lebah from Ms. Lydia Honey.
Malas nak taip. Hihihihi...





Sunday, March 1, 2015

Kek Kelapa Hujan Panas


Hujan panas tu saje2 je saya bagi nama sebab warna-warni macam nasi hujan panas kan... Kek ni simple je sebenarnya. Kek butter je tapi ditambah kelapa kering dan kelapa kering tu diwarnakan jadi nampak cantik dan meriah.


RESEPI: KEK KELAPA KERING
SUMBER: MY HOME COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g mentega
230 g tepung kek  }ayak
1 sk baking powder }bersama
200 g gula kastor
50 g kelapa kering - warnakan merah, kuning dan hijau
50 g susu segar/cair
4 biji telur
1 sk esen vanilla


Bahagi kelapa kering 3 bahagian dan masukkan dalam plastik baru titiskan pewarna di setiap plastik..lebih senang buat macam ni..tangan pun tidak la kotor kan..hehe..
 
 
CARANYA:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masuk tepung selang seli dengan susu sebanyak 4x (tepung, susu, tepung, susu, tepung, susu, tepung).
  5. Tuang adunan dalam loyang yang digris dengan mentega.
  6. Bakar dalam oven suhu 175 darjah celcius selama 1 jam atau hingga masak.
  7. Biar betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang.



To order, pls place the order 5 days in advance to: ISAURA KITCHEN Deliciously Home-baked Delights ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only) Email : isaura.kitchen@yahoo.com Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan. Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Thursday, February 26, 2015

Kuih Kemboja Sedap


Kuih kemboja ni sangat sedap. Seronok bila menjadi. Alhamdulillah anak-anak dan suami menyukainya.


Kuih Bakar Kemboja

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan 
1 cawan jus pandan 
1 cawan gula - saya guna 3/4 cawan
2 sudu besar butter - cairkan
3 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan - untuk ditabur

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil. 
Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak. Lepas tu panaskan sehingga keluar asap (betul betul panas). Kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari acuan. Kecilkan api sekecil kecilnya. 

Lenser minyak atau butter pada acuan dan tuang adunan ke dalamnya. Kemudian taburkan bijan di atasnya.

Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-10 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk dapatkan kulit yang agak garing. Kemudian sambung bakar kuih di dalam oven suhu 180C selama 30 - 40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan.

Bila dah sejuk, bolehlah dipotong mengikut bentuk acuan. Untuk adunan di atas, menghasilkan 4 biji Kuih Bakar Kemboja yang bila dipotong, dapat 32 keping.


To order, pls place the order 5 days in advance to: ISAURA KITCHEN Deliciously Home-baked Delights ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only) Email : isaura.kitchen@yahoo.com Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan. Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Tuesday, February 24, 2015

Slugterra theme cake


A Choc Moist birthday cake for a 9 year old girl. Happy Birthday Ysabella.




Thank you Helynna.


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only)      
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Thursday, February 19, 2015

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year to all my friends and customers who celebrate it.


 
 






 



Few orders from customers. Thank you Helynna, Hazlina, Hanisah (triple H - coincidencelah plk).



To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only)      
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, February 9, 2015

Pau Kacang Merah


Alhamdulillah petang ni... Pau lembut gebu inti kacang merah... kegemaran anak2ku... dh lama diorg mintak tlg buatkn tp x buat2... smlm nmpk ada kwn post gmbr pau dia buat baru teringat nk buat... so nilah...

Resipi ni sy rasa sgt senang dan mudah nk membuatnya... kejadiannya pun sgt lembut... tp resepi ni dpt 12 ketul je... x cukup uwaaaa...

Googled recipe - copy & paste...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gram (2 1/2 cawan) tepung pau - ayak
3 gram (3/4 sudu teh) yis kering
2 gram (1 sudu teh) baking powder
50 gram (4 sudu besar) gula kaster
20 gram (1 sudu besar) lemak sayuran/shortening
2 gram (1 sudu teh) bread softener (sy x ltk)
1/2 cawan air suam (lbhkan sikit hingga doh blh diuli)

 
Cara cara:
Satukan tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
Bahagikan doh kepada 30-35 gm setiap satu. Bulat2kan, leperkan dan masukkn inti dan tutup semula doh kemas2 dan bulat2kn. Letak atas daun pisang atau kertas muffin. Susun dlm pengukus dan rehatkan selama 45 min - 1 jam atau hingga naik 2x ganda. Kemudian kukus 10-15 min.
 
 

Besoknya buat lagi... habiskan terus tepung pau sepaket tu. This time inti kacang merah (dot merah) dan inti kentang + ayam (dot kuning).