Friday, July 13, 2012

Puding Sagu Pelangi


Dah lama nak buat ni...bahan semua dah beli, rasanya dah lebih 2 bulan, tapi tak buat2....haaa tetiba hari ni dapat gak merialisasikan impian...hehehe... harini bos belanja nasi lemak, and ada duit lebih, so orderlah sekali kuih-muih...so i decided untuk buat puding sagu ni since memang dah lama teringin nak buat...kalau tunggu sendiri punya masa, memang takkan ada masa, ada je alasan...tapi kalau fikir orang order, tetiba je ada masa nak buat kan....tulah kita...hahaha
Senang je nak buat ni...tak susah mana pun..bahan-bahan pun senang, dan tak banyak... Puding ni memang cantik, sesuai kalau nak buat hantaran....sangat unik bila ada sagu tu, dia nampak macam ada kristal kat situ... Tapi kalau dari segi rasa, rasa yang sedap biasa-biasa je...cuma ada rasa sagu, tu je... anyway, it's a worth trying...Alhamdulillah, semua suka and semua tanya macamana nak buat...oooo senang je...meh tengok resepi...

Resipi atas sumbangan daripada Yati. Terima kasih kerana resipi yang sedap dan menarik ni.....

Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran
Cara Membuatnya
  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
  5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku



No comments:

Post a Comment