Sunday, February 19, 2012

Kuih Cucur Badak

Kuih Cucur Badak...di mana badaknya...? kihkihkih... kalau ikut asal kuih ni ada udang besar kat atasnya...itu duluuuu punya kuih. Kuih cucur badak sekarang dah tak nampak org jual ada udang kat tengah2 tu...nak jimat kot...udang mahal...yelah kan... buat sendiri pun dah takde nak letak udang pun...ada udang ke takde udang ke..yang penting rasa keledek ada, dan inti kelapa yang pedas2 manis dan basah...memang best...

 Resipi cucur badak ni keledek rebus campur tepung gandum, sukatannya main agak2 je... Tapi intinya saya ikut resipi Kak Ita, pakar kuih-muih ni.... Thank you Kak Ita kerana tunjuk ajar, InsyaAllah ilmu yang dikongsi dapat ganjaran dariNya...

Inti Kelapa (amount ni banyak, so pandai2lah bahagikan)
A
150gm bawang merah
30gm bawang putih
80gm udang geragau (basuh, tos kering, blend)
3/4 btg serai
50gm cili kering
1st kunyit serbuk

B
10tbsp gula
1/2tsp garam
700gm kelapa

Kisar semua bahan A hingga halus.
Masuk dalam kuala (tanpa minyak) dan masak hingga setengah masak baru masukkan B, kecuali kelapa.
Masak hingga pekat baru masukkan kelapa.
Kacau rata sehingga kering dan ringan.



No comments:

Post a Comment