Friday, February 10, 2012

Talam Lapis Kacang Hijau

Talam Lapis Kacang Hijau ni seakan2 Kole Kacang...rasanya sama, rupa je lain...takyah susah2 buat taik minyak... walaupun sedap, tapi kat rumah ni, kecintaan terhadap Kole Kacang masih tersemat di tekak masing2...hahaha..layan jelah... kerana keinginanku untuk mencuba sesuatu yang baru..nampak resipi kat blog, semua nak buat...tapi seriously, this talam is equally sedap dgn kole kacang tu...

Here's the recipe... tapi hairan gaklah... kenapa kuih ku gelap...kuih kat blog tu cerah..cantik je...hmmm x pelah kan....

RESEPI KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
200 gm Tepung Kacang Hijau
50 gm tepung Hoon Kwee ( Noorsha ganti tepung jagung)
40 gm tepung kanji @ tepung ubi
1 sudu teh garam
Pewarna Hijau secukupnya

Bahan B
300 gm gula melaka
100 gm gula halus
2 helai daun pandan
800 ml santan pekat KARA
400 ml air
Loyang 9" 4 segi @ apa² mould yang disukai


Cara-Cara
1. Satukan bahan B, masak hingga gula larut. Tapis dan ketepikan
2. Satukan semua Bahan A kecuali pewarna hijau. Masukkan larutan Bahan B tadi ke dalam Bahan A, kacau menggunakan whisk agar tidak berketul².
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal, satu bahagian lagi warna hijau.
4. Bahagikan setiap bahagian kepada dua bahagian. Tuang satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
5. Apabila masak, ambil satu bahagian warna asal dan tuang atas lapisan pertama tadi. Kukus lagi selama 10 minit. Ulang proses ini hingga lapisan terakhir.
6. Sekiranya terdapat takungan air selepas 15 minit pertama, buang takungan air tersebut. Ini kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk di dalamnya.
7. Tutup loyang dengan kain @ aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
8. Untuk lapisan terakhir kukus selama 25 minit hingga masak,. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment