Frustnya....masak kek tak jadi...kerepot-kerepet bentuknya...hahahaha...tapi lembut...boleh makan..kek masak, lembut dan sedap..cumaaaa rupa bentuknya je ntah mana silapnya...kalau dah rupa bentuk macam tu..macamana nak deco...tak retilah...nanti kalau trim sana trim sini, jadi kecik pulak keknya nanti...hehehehe... so buatlah kek lain..Alhamdulillah...
So kek yang rupa bentuk tak cantik tu saya buat puding trifle lah jawabnya... untuk family makan, ada jugaklah faedahnya...hihihi....
Sedapppp sangat makan sejuk-sejuk... Alhamdulillah...
Bahan yang saya gunakan:
A
Sponge cake atau swiss roll cake or any cake...lady fingers pun boleh
B
400ml susu segar (resepi asal susu cair 1 tin...tapi susu cair xde, saya ganti fresh milk)
400ml air
4 sm tepung custard
5-6 sm gula
- campurkan semua dan masak atas api sederhana...sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat
C
1 tin besar buah peach atau fruit cocktail
D
1 kotak Crystal Jelly (saya guna perisa Raspberry). Masak ikut arahan seperti di belakang kotak
Ada A,B,C,D bermakna ada 4 layerlah tu....
Mula-mula, susun kek sponge kat bekas kaca/tupperware (lutsinar)
Then renjiskan kek dengan air gula daripada fruit cocktail...basahkan kek
Kemudian masak custard hingga pekat dan berkilat dan lapiskan atas kek tadi
Susunkan pula buah-buahan dalam tin ke atas lapisan custard tadi...susunlah banyak mana pun...
Last sekali masak jeli seperti arahan di kotak dan tuangkan jelly yang dah masak tadi atas susunan buah-buahan tadi.
Biarkan hingga sejuk sikit, then masukkan dalam fridge...biar sejuk betul barulah boleh dihidangkan...sebab makan masa sejuk-sejuk sedap dan nyamannnn...nyummmm
Tengoklah kek yang tak jadi ni....hikhikhik... nampak gambar macam elok..tapi tak cantik sebenarnya...sangat tidak memuaskan hati sebenarnya...
No comments:
Post a Comment