Wednesday, January 7, 2015

DONUT LABU


DONUT LABU... lembutnya... korang buatlah ye... resepi kt bwh ni... ambik resepi lain tp saje tmbh labu sbb ada labu lenyek. Kalau xde labu blh guna resepi asal kt bwh. Resepi ni lbh krg Pumpkin Bun yg sy prnh buat. Mcm sama jelah... hihi

Funwari Donuts (Donut Gebu)
Sumber resepi: rosmarlina @
jintanmanis.com
...
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
170ml air suam
1 biji telur
4 sudu besar water roux / 1 st bread softener
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis

serbuk gula untuk salutan pada donut

Cara-cara membuat donuts
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.

2. Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian (bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang disukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.

4. Alas dulang dengan tepung atau pun gunakan kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan, gunakan api yang tidak terlalu besar, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandailah adjust api gas tu, angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.

Jika mahu difrozenkan.
- goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.

 
Nota drp saya... sy buat adjustment tmbh labu..
Tepung 400gm
Labu lenyek 100gm
Air 120ml


 

No comments:

Post a Comment