Thursday, May 1, 2014

Homemade Kaya Mamak Haji

Saya suka kaya...suka jadi kaya...suka makan roti dengan kaya... hehehe

Ok saya dapat resepi kaya ni daripada seorang yang amat terror masak iaitu Mamak Haji dari fb Mamak Haji. Senang aje membuatnya.

1 cawan gula perang dimasak dlm kuali hingga jadi karamel. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 1 cawan air ke dalam karamel tadi sambil terus mengacau hingga semua cair dan terus kacau hingga likat sedikit (spt madu). Ketepikan.

Dalam bekas lain putar 3 biji telur bersama 1 cawan gula. Putar hingga sebati.

Dalam bekas yang lain pula satukan 1 cawan santan (1 kotak santan- kalau x cukup 1 cwn campurkn air sampi jd 1 cwn) bersama 2 sb tepung jagung. Kacau hingga sebati.

Panaskan kuali masukkan karamel td diikuti telur+gula td dan akhir sekali santan+tepung td dan kacau hingga semuanya sebati dan likat spt kayalah. Api sederhana je ye jgn kuat sgt....

Ha dh siap bolehlah simpan dlm botol dan sejukkan. Makanlah dengan roti atau lempeng atau pau atau apa saja kesukaan anda....

No comments:

Post a Comment