Tuesday, November 8, 2011

Talam Cendol

Dah lama teringin nak belajar buat kuih talam...tapi masa selalu tidak mengizinkan...saya suka makan kuih talam, tapi bila buat selalu tak jadi, mesti lembik tak boleh dipotong cantik...tension dan geram dibuatnya...disebabkan kekangan masa utk menimba ilmu secara hands-on, saya gigih google dan cuba utk memahami step2 yang betul utk membuat kuih talam ni..lama juga saya cuba mengkaji ni...ewah..mengkaji konon...sambil2 tu, kumpul duit juga utk membeli kukusan yang besar, praktikal dan tahan lama...

Akhirnya...akhirnya tau..teringin sangatlah nak makan talam cendol ni...pegi pasar malam, kalau tak bulan puasa, mmg tak jumpa org jual kuih-muih talam ni...so nekad ni..kukusan baru pun dah beli cantik punya...apalagi...projeklah...kuih talam cendol...

Surprise...surprise...tgklah gambar di bawah ni...sangat2 teruja bila apa yg diidamkan menjadi..potongan yg cantik, selain rasanya yg mmg sedap dan mmg menepati citarasa saya dan juga seisi keluarga...suami suka, anak2 suka, adik pun suka, kawan2 pun kata sedappp ...seronokkkk sgt2....kalau boleh loncat mmg dah loncat...resipi ni saya ambil drp blog resepidaria...terima kasih kerana kongsi resipi drp chef asma..mmg kelassss resipi ni..tp lain kali mmg nk lebihkan cendol sbb mcm tak brp menyerlah pulak cendol tu...hehe

TALAM CENDOL

Sumber: Kelas talam chef asma

Publish by: Resepidaria.blogspot.com

Lapisan bawah

Bahan A


200gm tepung beras*

  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
  • 1 tsp garam

Bahan B

200gm cendol @ 1 paket kecil


Cara-caranya:-

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas

Bahan-bahannya:-

Bahan A

  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air

Bahan B

· 150gm tepung gandum

  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam

Cara-caranya:-

1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar

  1. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  2. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  3. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Sila cuba ye my friends...

No comments:

Post a Comment