Monday, November 14, 2011

Kisah Hari Jumaat (11/11/11)

Hari Jumaat yang lalu, ramai sungguh org menikah dan melahirkan anak...almaklum tarikh cantik je..11/11/11... Selamat Pengantin Baru kepada adik angkat saya masa zaman sekolah2 dulu..Mohd Yuzri kerana selamat menikah pada tarikh tersebut..kahwin juga adik sorg ni...hehe
Orang lain ada peristiwa, kita pun nak peristiwa jugak...tapi peristiwa biasa je..saje je nak omong2 kosong di sini... Al-kisahnya kat ofis hari Jumaat tu ada makan2..a potluck makan2...sajelah nk buat makan2, kitorg kat ofis tu kalau sebulan tak buat makan2, tak sah...asyik nak makannnn je...haha.. saya semangat ni... dalam kepala nak wat talam lapis kacang hijau (gila talam lagi nih) dan roti lapis daging...sounds delicious tak...? hihi...semangat sungguh malam tu memasak...buat talam dan roti lapis daging...tak sabar nak bwk ofis... tapikan, kesian, tak jadi bwk ke ofis kerana ada sesuatu incident pagi tu yang tak dpt nak dielakkan, terpaksa ambik emergency leave...so mintak maaf kt kwn2, makanan tu anak2 dan suami yg habiskanlah...nasib baik dan alhamdulillah, anak2 dan suami suka dan dpt menghabiskan juadah tanpa membazir... untuk kawan2, bulan depan buat makan2 lagikan.....so tungguuuuu... hahaha

So marilah kita layan juadah 11/11/11
Inilah roti lapis daging tu, ambik kat satu blog, terlalulah pelupa nak copy blog apa, yang ingat nama dia kak wan...kalaulah kak wan si empunya resipi ni terjumpa blog saya ni dan terperasan resipi dia ni, terima kasih kak wan dan minta maaf tersangatlah lupa blog akak...huhuhu

Resipi drp : Kak Wan

Bahan2

Roti sandwich 12-14 keping

Bahan Inti Daging

500gm daging cincang

1biji bawang besar (potong dadu)

2ulas bwg putih dicincang

2sudu besar rempah kari (digaul dgn sedikit air)

garam secukup rasa

Bahan Kisar

2ulas bwg putih

2ulas bwg merah

1 hiris halia

Bahan bancuhan telur

80gm mentega

5 biji telur

sedikit lada sulah

400ml susu cair (1 tin)

Bahan hiasan/tabur

2 biji cili merah dihiris

1 tangkai daun bwg dan daun sup

Bawang goreng secukupnya

Cheddar cheese (optional)

Cara-cara:

1. Inti Daging : Tumis bawang besar dan bwg putih hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, gaul hingga rata, biarkan seketika hingga naik baunya.

2. Masukkan daging kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk. Perasakan dgn garam secukupnya, angkat dan ketepikan.

3. Bancuhan telur : Pecahkan telur di dlm mangkuk, masukkan mentega cair, susu dan lada sulah, kocok hingga rata.

4. Sediakan loyang atau bekas tahan panas, lenser margerine. Celup roti ke dlm bancuhan telur, kemudian susun hingga memenuhi loyang sambil ditekan supaya padat. Kemudian tabur inti daging ke atas roti.

5. Buat berselang-seli roti dan daging sehingga habis.

6. Akhr sekali curahkan lebihan bancuhan telur dan tabur dgn lebihan inti daging, hirisan daun bwg, daun sup dan cili. Optional, blh tabur cheddar cheese juga di atasnya.

7. Bakar 30-45 min sehingga masak.


Ini pula talam lapis kacang hijau...rasanya seperti kole kacang juga...cuma xde taik minyak...sedap...

resipi ohhh resipi..di mana ye...? nanti saya update...jgn mare...


Ini makanan tengahari..sup kambing...gila sedap...hehe masak sendiri puji sendiri sedap...sebab mmg sedaplah...anything to do with kambing..yesss sedap...hehe

No comments:

Post a Comment