Sunday, February 19, 2012

Kuih Bakar Keledek

Kuih Bakar Keledek... first time buat ni. Alhamdulillah...menjadi...sangat sedap..dan sangat disukai seisi keluarga, itu yang penting sebenarnya...dapat makan yang kerak2 atas tu lagi sedap..hehehe

 Ambik resipi from Home Sweet Home...and resipi asal from Bro Rozzan...terima kasih kepada kedua2 penyumbang resipi ni...

KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahan :
  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) (saya punya keledek malaysia hihihi) -direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk (saya taruk ni...)
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi (akak guna unsalted butter jek) (saya guna minyak sapi sbb mmg ada dlm fridge)
Cara:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. (saya blend semua dan tak tapis pun)
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. (saya guna 7")
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.



No comments:

Post a Comment