rupa yang berlubang2 tu takpelah...janji sedap |
Apam Keledek
A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam
B
200gm keledek (rebus/kukus dan dilenyek) (stok tinggal 260gm, saya habiskan semua)
150gm gula kastor
1 biji telur
150ml santan pekat
C
200gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder (saya guna baking powder biasa je)
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Biarkan selama 5-10 minit.
Kemuadian campurkan kesemua bahan-bahan B dan diblend halus, tuangkan dalam mangkuk lain.
Masukkan bahan-bahan C ke dalam bahan B sedikit demi sedikit dan dikacau rata dan sebati.
Akhir sekali masukkan bahan A tadi dan dikacau hingga sebati.
Biarkan adunan sehingga 1 jam (tutup mangkuk tu ye).
Kemuadian panaskan kukusan dahulu, sapukan bekas/loyang dengan minyak, dan kukus dan 15-18 minit.
Makan dengan kelapa.
Seriously sedap nih...cubalah...
No comments:
Post a Comment