Thursday, March 1, 2012

Homemade 'Pizza Hut' and Homemade 'McDonald'

Sesekali makan pizza, kalau hari-hari nasi pun boring juga...Made my own pizza..then u can put whatever u want. Letaklah apa pun, banyak mana pun, ikut sukati, barulah puas hati..especially letak cheese banyak2...sedap...
Pizza empatsegi tau...

PIZZA YANTI (copy paste from internet)

Bahan2 doh
500 grm high protein flour (tepung roti)
1 peket Mauripan
1 tsp bread improver
1 tsp garam
300 grm air sejuk (yg dlm peti es tu)
25 grm olive oil
Oregano 1tsp
Cara2 membuat doh
1. Putarkan tepung, mauripan, oregano & bread improver, saya guna kenwood mixer..so guna no. 1 dulu...
2. Masukkan air (yg telah dicampurkan dengan garam) secara sedikit-sedikit , gaul sebati kedalam adunan tepung tadi sehingga sebati, kira2 2 minit(saya guna no. 2)
3. Akhir sekali masukkan olive oil tadi...biarkan minyak bersatu dgn tepong tadi...kira2. . 5-10 minit sampai adunan licin.
4. Keluarkan doh tadi...bahagikan kpd 2...biarkan doh rehat kira2.. 15 minit kot...asal nampak doh dah naik gebu tu...
5. Bila dah naik gebu...barulah dicanai & taburkan segala mak nenek keatasnya.(sebelum tabur...cocokkan sedikit doh dgn garpu)

Ikut stail saya, saya guna bread maker, masukkan bahan2 basah dahulu, kemudian bahan2 kering, kemudian tekan butang 'dough' dan tunggulah breadmaker tu menjalankan tugasnya sehingga bunyi 'beep'..dah ready utk dikeluarkan dan tebar atas dulang, cucukkan doh tersebut, renjiskan olive oil sikit, dan bakar sekejap, then baru sapukan sos, dan tabur bahan2 pizza, termasuk cheese (cheddar, mozarella dan parmesan)..kemudian bakar sehingga masak dan cheese cair....waaa makan while it's still hot.

Tak lengkaplah pizza jika tiada mushroom soup dan garlic bread, ala-ala Pizza Hut. Kalau ada dua benda ni barulah best....
Creamy Mushroom Soup (resipi from JasminMohdKhalid, rakan RNet di alam maya, dia kata dia belajar ni di The French Culinary School, Menara IMC, KL, sedap ni...)

Button Mushroom dlm RM15(atau 2 bekas empat segi yg jual kat Giant/Cold Storage tu).
Sedikit wild mushroom, 4-5 biji je (optional)
Olive oil dlm 4-5 sudu
Air
Lada hitam yg dikisar, sesudu kecil
Susu (I guna Dutchlady Full Cream)
Perasa ayam/Chicken stok
Garam

Cara2:
Slice mushroom nipis2,
Panaskan olive oil dan goreng mushroom hingga layu.
Masukkan semua mushroom yang dah digoreng dalam periuk.
Masukkan air dlm setengah cawan/cukup setakat paras mushroom sahaja dan rebus. (Jgn terlebih air, takut cair sgt)
Bila dah mendidih, masukkan susu setengah cawan atau kurang.(ikut citarasa masing2)
Masukkan garam, serbuk lada hitam & perasa ayam.
Kemudian blender semua sekali.
Terus hidang.

Garlic Bread
Roti hotdog
Garlic spread
- chopped garlic, campurkan ngan butter dan sedikit daun parsley.
- sapukan pada roti yang telah dibelah dan bakar

Kalau rasa malas nak menguli tepung, buat bun pizza je...guna roti burger...pun sedap...
 
Ini Homemade burger pulak...tapi separa homemadelah..coz roti beli, patty pun beli...cuma masak dan assemble sendiri je...

Tambah french fries dan wedges, lagi terangkat...Ini beli siap, instant. Tinggal goreng je...pun sedap...
potato wedges with cheese (ala-ala KFC lah plk)

No comments:

Post a Comment