Friday, March 2, 2012

Bingka Roti Jagung

Bulan baru ni, kita mulakan dengan Bingka Roti Berjagung... Bila sebut bingka roti ni teringat dulu waktu kecik2, mama suka buat bingka ni...memang sedap air tangan mama. Setiap kali mama buat, memang I sajelah yang laju memakannya.

Roti yang tak habis atau dah nak expired tu, jangan dibuang, boleh buat pelbagai kuih-muih. Yang biasa kita dengar orang akan buat Puding Roti. Ini memang famous, memang kegemaran ramai, makan dengan sos kastad dan sos coklat...amboiii sedapnya. Ada juga orang buat jemput-jemput. Roti diramas2 dengan tepung, campurlah air, bawang, ikan bilis atau apa2 sajelah..gorang, makan dengan sos cili...kena makan panas2, barulah laju...Ini memang selalu buat ni...

Tapi kali ni, let's mengimbau zaman kanak2 dululah..tetiba teringat mama dulu suka buat bingka roti. Tapi sebenarnya tak tau macamana nak buat. Tapi takpe...zaman sekarang, tanya je kat pakcik google, InsyaAllah dia akan tolong...heeee...

Ok, I found this recipe kat blog yatimemories... and i fall in love...bukan fall in love dengan resipi Bingka Roti saje, tapi dah fall in love dengan kesemua resipi2 tradisional kat blog tu...alamak..banyaknya resipi talam yang sungguh2 mengancam..Alhamdulillah..thank you Yatimemories kerana tidak sedikit pun dia kedekut ilmu...moga bertambah murahlah rezeki you.... takpe, kita buat satu-satu..

Kita mulakan dengan Binga Roti Berjagung


Bahan-Bahan- loyang 10 inci
3 biji telur
1 cawan gula halus/kastor
100 gm mentega, dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
12 keping roti putih, didadu
1 1/2 cawan tepung gandum
1 liter santan/ susu cair-saya guna 1 tin susu cair dlm tin 400ml dan selebihnya saya tambah air
1 cawan jagung krim dalam tin

Cara-Cara
Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing

Sedap tau...
kenapalah dia garing kat tepi je.....

No comments:

Post a Comment