Thursday, March 15, 2012

Bubur Nasi

Cricket - gambar ihsan internet
Cuti sekolah, tapi anak-anak ada aktiviti latihan kriket di sekolah... Tapi kesian...hari kedua training, anak yang bongsu tu mengalami kemalangan kecil..tercedera di bibir akibat tersalah tangkap bola, lalu bola telah melantun ke muka dan mengenai bibirnya yang halus mulus tu..yelah, baru 9 tahun tu... aduhhh sakitnya..darah keluar tak berhenti, menangis pula dia... cikgu hantar balik rumah dan berkali2 meminta maaf pada atuk dan nenek anak i... yelah yang ada masa tu atuk dan nenek, mak bapaknya kerja, anak telefon i kat tempat kerja, tak dok diam jugalah i dibuatnya...Alhamdulillah tidaklah serious sangat, cuma hari kedua tu bibir membengkak...kesian...asyik mengadu sakit...sakit.... kesian baby...

Bibir dah sakit dan membengkak, so ibu buatkan bubur nasi supaya senang dia nak makan... alang2 buat bubur tukan, semua mintak buburlah pulak...untuk bagi sedap, buatlah bubur ayam..bubur ni biasanya menu orang2 jawa sewaktu menyambut hari Asyura. Bila hari Asyura je, mesti buat bubur ni..sedap makan dengan taucu ikan bilis. Nak buat taucu ikan bilis, tapi rupanya ikan bilis dah habis...so makan ngan cili campur bawang campur kicap jelah..pun sedap tak ingat....

Nak buat bubur nasi ni senang je...takde sukatanlah...sebab ni observation from my mom's cooking...sejak dari kecik tengok mak masak main campak2 dan ikut sesedap rasa je...haha kelakarlah pulak....

Bahan-bahannya senang je..beras, air, santan, ayam, kentang, bawang merah, bawang putih, halia, garam, serbuk kunyit, lada putih, kiub stok ayam... bahan2 tabur, tahu goreng, telur dadar, bawang goreng, daun sup, daun bawang, hirisan cili merah/cili padi...tu je... nak masak bubur tu taulah kan..cuma santan tu masuk last sekali bila nasi dah menjadi bubur dan ayam dan kentang dah empuk. Pastu perasakan ngan garam dan lada sulah.



No comments:

Post a Comment