Ini adalah entri terakhir di tahun 2012. Dah lama sangat dah teringin nak buat kuih ni...akhirnya...yes! buat jugakkkkk... kerana nak menghabiskan durian yang dah xde orang nak habiskan dah...mula-mula ingat nak buat cheese cake durian, tapi teringat ada pulut yang dah lama beli tu, so apa lagi, operasi seri muka durianlah....
Sedap sangat kuih ni...aroma durian tu menusuk kalbu....bila masuk mulut je dah terasa kelembutan, bila lalu kat tekak je dah terasa keenakan durian dan pulut...Alhamdulillah...sedap sangat...hantar ke rumah mak, diorg kata tak cukup, bawak ofis pun diorg kata sedap sesangat...Alhamdulillah...
I think you all should also try...Terima kasih kepada Yati sebab berkongsi resipi yang sedap mengancam ni...My mom kata, dah boleh buat jual...haaa kalau dah orang kata boleh jual, bermakna...sedaplah tu...pi cuba buat cepat....meh tgk resipinya kat bawah ni...
http://yatiememories.blogspot.sg/2011/04/serimuka-durian.html
Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
sedikit garam
Cara-Caranya
Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan
cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30
minit.
Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian
atas.
Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 s/k garam
Cara-Caranya
Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau
blender tak muat, blend separuh2..)
Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna
kuning.
Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan
sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api
sederhana.
Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong
dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Guna 2 biji kelapa,
asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap
satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan
cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat
mencuba.
No comments:
Post a Comment