Di mana-mana sekarang orang asyik sebut Nasi Arab je.... banyak sungguh dah restoran2 Nasi Arab ni...samada pengusahanya Melayu atau bangsa Arab tu sendiri...
ini kat Arab D'Cafe |
Ini Lamb Kabsah dari Rest. Saba' Cyberjaya...masa jamuan kat office haritu |
lagi satu nasi arab yang sedap pernah rasa is nasi arab kat Saba, Cyberjaya. Ni pun best gak..tempat2 lain, tak pernah pergi....
ni kat Isaura Kitchen....hihihi |
Oh ye, kat Isaura Kitchen pun ada Nasi Arab gak...tapi tak juallah...utk santapan keluarga je..hihihi jangan mare... Yesterday, Sunday, masak Nasi Arab (Chicken Kabsah)... menggunakan rempah nasi arab yang dibeli daripada Kak Pau (Citra Klasik). Sedaplah.....Yummy... nak buat lagi...next time buat Lamb Kabsah pulaklah...
bersama ayam panggang dan sambal tomato (ikut suka je resipi...) |
Ni resipi yang disumbangkan oleh Kak Pau beserta rempah yang dijualnya... Siapa nak rempah nasi arab ni bolehlah hubungi Kak Pau ye...di Citra Klasik... macam-macam rempah ada... terima kasih Kak Pau...
NASI ARAB
BAHAN A –
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10g halia
20g rempah kabsah citra klasik
10 ketul paha ayam
1/2bj buah lemon ambil jus
Rempah tumis 4 sekawan
50g minyak sapi
50g minyak masak
1bj buah tomato blender
1btg karot potong memanjang
BAHAN B –
1kg beras basmati panjang
1200ml air
1 sudu makan garam + 1 sudu teh gula
½ cawan daun ketumbar/pudina
-
Tumis bawang, halia & 4 sekawan hingga
garing
- Masukkan lain2 bahan A, masak hingga ayam
separuh empuk
- Masukkan bahan B dan masak seperti biasa.
- Jika suka, boleh keluarkan ayam dan tambah rempah nasi arab, sedikit perahan lemon, garam & madu, kemudian dipanggang hingga garing
inilah dia rempah nasi arab nye... |
No comments:
Post a Comment