Saturday, September 22, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

sangat nipis kerana guna loyang 9x9 dan biskut yg sikit....huhu
Saje jalan-jalan...blogwalking...tgh bosan...rehat-rehat cuti weekend...tiba-tiba tertarik pulak dengan resipi ni...and all the ingredients ada dlm simpanan di dapur...haa elok sangatlah tu... jom kita lihat apalah yang saya tertarik sangat tu....
sangat tertarik dengan lapisannya


It's a simple yet awesome recipe...sedap..macam tiramisu je...

Kek Lapis Cheese Persona

by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9) kalau 7x7 mesti tinggi..cantik sikit...
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) guna 1 bungkus je jenama Hwa Tai, sbb mmg ada 1 bungkus je kat rumah...
500 ml susu segar,dipanaskan tak guna semua pun sbb utk celup2 je...lebihnya anak minum, cicah ngan biskut marie...dahlah ada 1 bungkus je, dikidnap pulak dlm 10 keping dek anak...

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. seeloknya loose pan supaya senang keluarkan kek
  5. Panaskan susu segar,padamkan api. I tak panaskan pun susu tu...terus celup je
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) I guna biskut oreo, dibuang dulu creamnya, then parut halus terus atas kek
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong buat malam, bsk pagi dh blh menjamu selera
 



No comments:

Post a Comment