Best tak tengok kuih buah melaka ni...? jangan marahlah...ni kes syok sendiri je ni..hehehe.. cantik pulaklah tengok kuih yang berwarna-warni ni... takde kerja, kerja senang, saja nak menambah kerja dengan menambah warna2 pada kuih tersebut...at least...cantikkkk...haha
Kuih buah melaka ni senang sangat nak membuatnya...bahan-bahannya cuma tepung pulut, air biasa atau air daun pandan (for originality), gula melaka, kelapa dan pewarna (optional)... Gaulkan tepung pulut dengan air biasa atau air daun pandan untuk warna hijau dan aroma pandan yang menusuk kalbu itu...uli hingga tepung tidak melekat di tangan dan senang untuk digolek2kan. Kalau nak buat warna-warni, campurkan pewarna kesukaan pada doh tepung pulut tersebut. Kemudian ambil doh sikit dan letakkan sedikit gula melaka dan tutup doh dan bulat2kan... Eh, sebelum uli2 doh tadikan, mula2 baiklah jerang air dulu sehingga mendidih...sebab bila dah buat bulat2 tu, boleh terus masukkan ke dalam air yang mendidih tu...kalau kuih tu dah terapung, maknanya dah masaklah tu...bolehlah diangkat (yang dah terapung tu), then terus gaulkan pada kelapa putih...susun kat pinggan, sedia untuk dimakan...
Kegemaran my children...suka sangat diorang ni...Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment