Dah lama nak buat Nasi Daging ni. Teringin bila tengok ada kawan post kat FB. Sebelum ni tak pernah makan. Cuba cari resipi di internet. Nasi Daging ni kawannya cuma air asam je. Bunyinya macam unik. Di kesempatan ada daging kat rumah ni...beras basmathi pun ada... bahan2 lain pun ada...dah complete dah ni. Jom kita buat...
Nasi Daging. Resipi dr blog Ethos. Saya ambik resipi ni sbb sgt ringkas dan bhn pun ada...yeay...
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 cawan beras basmathi
1 paket perencah Nasi Daging (boleh digantikan dengan rempah kurma)
250 gram daging batang pinang
Bunga lawang dan kulit kayu manis
Garam secukup rasa dan kiub daging/ayam
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras. Tmbh air biasa kalau x cukup (sukatan beras : air = 1 : 1.5)
Cara Membuatnya:
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan hirisan bawang besar diikuti bunga lawang dan kulit kayu manis serta halia dan kemuadiannya tumiskan sekali perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih.
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.
AIR ASAM
Bahan-bahan
• * 2 biji cili besar di potong
• * 10-15 biji cili padi dipotong
• * ½ cawan air asam jawa
• * 1 inci belacan
• * Garam dan gula secukup rasa
• 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik
Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
Kesimpulannya...ye...sedap Nasi Daging ni makan digaul dengan air asam. Sedap. Tapi saya kawankan juga dengan sayur kacang tumis. Tak ada sayur macam tak complete hidangan..hihihi.
walaupun simple tapi nampak sedap kan :)
ReplyDeleteboleh try nie..
Nak Kurus Cara Sihat