Tuesday, May 6, 2014

Puding Oreo Lapis Milo

Pudung Oreo Lapis Milo ni memang sedap dan patut dicuba oleh semua. Resepi daripada sahabatku Khairul. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Bahan-bahannya:
10gm agar-agar serbuk
750ml air
140gm gula
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk Milo
1 bungkus biskut Oreo (dipatah dua)

Cara membuatnya:
* Masak agar-agar dengan air hingga agar2 larut.
* Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
* Masukkan pula susu cair dan kacau sebati hingga menggelegak. Tutup api.
* Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur Milo dan 1 bahagian lagi dibiarkan asal.
* Tuangkan 1/2 daripada bahagian Milo ke dalam bekas dan biarkan ia mengeras sedikit (tidak terlalu keras...andai terkeras sila cakar dengan garfu permukaannya)
* Setelah keras sedikit tuangkan pula adunan asal ke atas adunan Milo dan masukkan kepingan Oreo yang telah dipatah-patahkan tadi. Biarkan ia mengeras sedikit.
* Setelah keras sedikit tuangkan pula bahagian Milo yang selebihnya tadi.
* Masuk dalam peti sejuk untuk ia mengeras sepenuhnya.
** Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia dapat melekat dengan baik.



3 comments:

  1. Datang menyinggah.... Salam perkenalan... Sedapnya puding tu... Ohmai.... Nak kena try ni...

    http://ceritasenoritamoy.blogspot.com/

    ReplyDelete