Gambar ni dari sumber google ye... |
Dah alang-alang ada daun ketumbar ni kan.... apa lagi, kita buatlah Nasi Ketumbar. Dah lama dok jenguk2 resipi nasi ni kat kebanyakan blog2 masakan...macam best je.. kebetulan ada daun ketumbar ni kan, marilah kita buat nasi ketumbar....hehehe
Amboiii...sedap pulak bila dah jadi nasi ni tau...memang sedap...diapit Ayam Masak Merah, kombinasi yang cukup menyelerakan...dengan warna hijaunya yang menawan...memang best..! Kepada yang belum mencubanya, sila-silalah mencubanya ye...pasti kenyang sampai malam...haha
Mari tengok resipinya...terlalu banyak dah resipi ni kat blog2 masakan kawan2...tak tau originalnya drp siapa... tapi saya ambil dari sini sbg panduan...
Nasi Ketumbarresipi : Q'ein@MyResepi
sumber : Kak Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam
Bahan:
500g beras
3 s/b mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak. Masukkan bawang & goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam.
3. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. (jangan lupa tutup periuk kemas2 lepas tu yer)
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..
Budak ni dah 4x tambah...ish..ish..ish..
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment