Thursday, February 26, 2015

Kuih Kemboja Sedap


Kuih kemboja ni sangat sedap. Seronok bila menjadi. Alhamdulillah anak-anak dan suami menyukainya.


Kuih Bakar Kemboja

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan 
1 cawan jus pandan 
1 cawan gula - saya guna 3/4 cawan
2 sudu besar butter - cairkan
3 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan - untuk ditabur

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil. 
Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak. Lepas tu panaskan sehingga keluar asap (betul betul panas). Kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari acuan. Kecilkan api sekecil kecilnya. 

Lenser minyak atau butter pada acuan dan tuang adunan ke dalamnya. Kemudian taburkan bijan di atasnya.

Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-10 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk dapatkan kulit yang agak garing. Kemudian sambung bakar kuih di dalam oven suhu 180C selama 30 - 40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan.

Bila dah sejuk, bolehlah dipotong mengikut bentuk acuan. Untuk adunan di atas, menghasilkan 4 biji Kuih Bakar Kemboja yang bila dipotong, dapat 32 keping.


To order, pls place the order 5 days in advance to: ISAURA KITCHEN Deliciously Home-baked Delights ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only) Email : isaura.kitchen@yahoo.com Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan. Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Tuesday, February 24, 2015

Slugterra theme cake


A Choc Moist birthday cake for a 9 year old girl. Happy Birthday Ysabella.




Thank you Helynna.


To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only)      
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Thursday, February 19, 2015

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year to all my friends and customers who celebrate it.


 
 






 



Few orders from customers. Thank you Helynna, Hazlina, Hanisah (triple H - coincidencelah plk).



To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only)      
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, February 9, 2015

Pau Kacang Merah


Alhamdulillah petang ni... Pau lembut gebu inti kacang merah... kegemaran anak2ku... dh lama diorg mintak tlg buatkn tp x buat2... smlm nmpk ada kwn post gmbr pau dia buat baru teringat nk buat... so nilah...

Resipi ni sy rasa sgt senang dan mudah nk membuatnya... kejadiannya pun sgt lembut... tp resepi ni dpt 12 ketul je... x cukup uwaaaa...

Googled recipe - copy & paste...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
250 gram (2 1/2 cawan) tepung pau - ayak
3 gram (3/4 sudu teh) yis kering
2 gram (1 sudu teh) baking powder
50 gram (4 sudu besar) gula kaster
20 gram (1 sudu besar) lemak sayuran/shortening
2 gram (1 sudu teh) bread softener (sy x ltk)
1/2 cawan air suam (lbhkan sikit hingga doh blh diuli)

 
Cara cara:
Satukan tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
Bahagikan doh kepada 30-35 gm setiap satu. Bulat2kan, leperkan dan masukkn inti dan tutup semula doh kemas2 dan bulat2kn. Letak atas daun pisang atau kertas muffin. Susun dlm pengukus dan rehatkan selama 45 min - 1 jam atau hingga naik 2x ganda. Kemudian kukus 10-15 min.
 
 

Besoknya buat lagi... habiskan terus tepung pau sepaket tu. This time inti kacang merah (dot merah) dan inti kentang + ayam (dot kuning).

 
 

Friday, February 6, 2015

Kuih Lopis


Kalau mak buat, mak akan bungkus dgn daun pisang. Tapi kita tak pandai... plus daun pisang xde nak bungkus2...

Baru belajar the easiest way to kukus pulut. Senang le...

2 cawan pulut dibasuh dan direndam 2,3 jam bersama pewarna hijau sikit.
Kemudian toskn... masukkn ke dlm rice cooker bersama 2 cawan air daun pandan dan 1st air kapur dan garam sikit....

Tekan ON tunggulah dia masak.
Pastu masukkn pulut yg dh masak dlm loyang yg dilapik plastik dan tekan2 kan bagi padat. Tunggu sejuk baru potong ikut suka.
Gaulkan bersama kelapa parut+garam
Makan dgn air gula melaka.


Wednesday, February 4, 2015

Happy Birthday Aqil Naufal - Minion theme

Choc Moist Cake for her son's birthday party at the Kindy. Thank you Linda


Linda dan Aqil juga meminati apam dot-dot.

To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only)      
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Monday, February 2, 2015

Sambal Belimbing Hitam Pahang


Smlm my mom bg sy belimbing. Pertama sekali yg sy fikir bila nmpk belimbing is nk buat sambal hitam... yes. Kerja memasak mnjadi lbh senang dan cpt dgn pressure cooker Noxxa (iklan sebentar :-D)


Tiada sukatan specific. Agak2 jelah....
Belimbing direndam dlm air panas skjp. Toskn air rendaman tu dan belimbing tu dilenyek2. Set aside.
Bwg merah, bwg putih ditumbuk/kisar
Ikan bilis ditumbuk/kisar kasar
Cili padi ditumbuk/kisar... nk pedas ltk byk
Masukkn kesemua tu dlm pressure cooker. Ltk garam sikit...gula sikit... HP 15min.
Lps tu Stir Fry for another 15mins.... sambil ltk kicap kipas udang lemak manis. Masak sampai kering atau basah2 skit. Kami suka basah2 skit
Siap dah... 


 * sori sy bkn org Pahang kalau salah sori ye. Sy cuma suka makan je...