Saturday, January 31, 2015

January's happiness

Few orders from customers this month.











To order, pls place the order 5 days in advance to:
ISAURA KITCHEN
Deliciously Home-baked Delights
ZURA: H/P:019-393 4471 (SMS/Whatsapp only)      
Email : isaura.kitchen@yahoo.com
Self pick-up : Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.
Delivery services available upon request and shall be charged accordingly.

Wednesday, January 14, 2015

Beef Egg Roll

Plan nk buat telur bungkus... last2 jd telur gulung...


Beef Egg Roll
Tumis bwg merah dan bwg putih. Masuk rempah kari, daging cincang... kalau kering tmbh air sikit...tmbh cili sos... garam dan gula secukup rasa. Masak hingga daging empuk. Ketepikn.

Dalam mangkuk lain pecahkn telur... 6 biji... masukkn pepper...garam... daun bwg... cili merah/cili padi... semua cincang halus... nk cincang carrot pun ok...

Pastu masaklah... samada nk campurkn sekali daging dlm telur atau tabur je atas telur dadar... ikut kreativiti.... nilah cara sempoi campak2 saya... tak pyh ikutlah...malu... just nk bg idea lauk sampingan kotlah u all tgh fikir nk masak apa... hihihi... cara buat egg roll ni sy tiru cara buat Tamagoyaki... cara org Jepun masak telur...


 

Wednesday, January 7, 2015

DONUT LABU


DONUT LABU... lembutnya... korang buatlah ye... resepi kt bwh ni... ambik resepi lain tp saje tmbh labu sbb ada labu lenyek. Kalau xde labu blh guna resepi asal kt bwh. Resepi ni lbh krg Pumpkin Bun yg sy prnh buat. Mcm sama jelah... hihi

Funwari Donuts (Donut Gebu)
Sumber resepi: rosmarlina @
jintanmanis.com
...
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
170ml air suam
1 biji telur
4 sudu besar water roux / 1 st bread softener
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis

serbuk gula untuk salutan pada donut

Cara-cara membuat donuts
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.

2. Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian (bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang disukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.

4. Alas dulang dengan tepung atau pun gunakan kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan, gunakan api yang tidak terlalu besar, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandailah adjust api gas tu, angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.

Jika mahu difrozenkan.
- goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.

 
Nota drp saya... sy buat adjustment tmbh labu..
Tepung 400gm
Labu lenyek 100gm
Air 120ml


 

Tuesday, January 6, 2015

GOLDEN PUMPKIN BUN


Sedap tau ni.... lembut...cicah teh panas.. nak buat...? Ha tgk resepi bwh ni...
 

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
...
Bahan-bahannya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu (rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula (kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir/shredded cheddar cheese)
 
* untuk gliss*
 Guna egg wash dari baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanilla


Cara-caranya (Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastic.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, boleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwich, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.
Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti atau sapu butter pun blh.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir & *cheese (*sy tmbh) di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


 

Bubur Som-Som


Lama dah tak makan ni... makan sejuk2 nyamannn masuk tekak... Alhamdulillah...

Bubur Som-Som
1 cwn tpg beras
1 cwn santan pekat...

3 cwn air
1 sk garam
Sehelai dua daun pandan


Campurkn semua bhn dan masak atas api sederhana. Sentiasa kacau hingga berkilat dan pekat.
Makan dgn air gula. Nyummmm... lg nyummm kalau mkn sejuk2.